Thursday, July 2, 2015

roti goreng bawang







Ini sebenarnya sesuai untuk breakfast tapi disebabkan bulan puasa, akak masak untuk berbuka. Berbanding dengan makan kuih-muih, makan roti goreng bawang ni lagi kenyang.

Potong sekeping roti kepada sembilan bahagian, terpulang nak berapa keping roti. Tiga keping dah okay kot. Rendamkan roti dalam telur yang telah dipukul. Tumis bawang merah dan lada merah (kalau suka) dengan menggunakan mentega atau butter. Bila dah naik bau, masukkan roti tadi. Kacau hingga telur tadi agak masak dan kering.

Tuangkan sos cili ke atas roti dan gaul hingga nampak sos menjadi kering. Siap untuk dihidang. Ini resepi warisan keluarga akak. Akak suka letak bawang merah banyak2, best.

Roti goreng ni memang tak ambik masa yang lama untuk kita masak. Kalau nak breakfast nanti dengan roti ni, memang sempat sangat nak masak.

No comments:

Post a Comment

jejak orang suka makan, suka baca dan suka tulis...terima kasih daun keladi...jangan serik datang lagi...