Pernah dengar maggi ketam kan...tapi pernah tak dengar maggi sup ikan? =))
Lepas2 raya ni macam heavy sangat perut ni nak makan nasi tapi still makan nasi juga, cuma kurangkan portion. Mahu taknya, time raya hari tu main makan apa saja, selagi ada stok makanan. Ketupat, lemang, rendang, pelbagai jenis biskut raya....semua akak makan. Bukan sebab nak balas dendam tapi semuanya teringin nak rasa.
Bila masuk minggu ni, macam heavy dan boring. Teringin pulak nak makan maggi. SRK tak suka akak makan maggi kerap sangat. So...rasanya dah dua bulan tak makan maggi.
Lighting lari sikit kat foto yang bawah tu.
Yang jadi maggi sup ikan ni sebab mulanya masak sup ikan. Lepas tu teringin nak makan maggi. Akak tumiskan bahan2 asas nak masak maggi dengan sup ikan. Lagi banyak sup ikan, lagi sedap rupanya. Masukkan juga perencah kari maggi tu, nak bagi rasa. At the end, tak terasa sangat perencah kari tu, lebih kepada rasa sup ikan. So, jadi la maggi sup ikan.....hehe.
Selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment
jejak orang suka makan, suka baca dan suka tulis...terima kasih daun keladi...jangan serik datang lagi...