Friday, July 10, 2015

kerabu tauge & siakap stim limau






SRK ni kalau teringat nak makan dan masak sesuatu, tengahari lagi dah bagitau akak. Minta tolong akak beli tauge dan ikan selayang, teringin nak makan kerabu tauge katanya. Macam orang mengidam pulak. Nak buatnya tak banyak mana, beli tauge 25 sen jek kat kedai dekat rumah. Agaknya tauke kedai tu pun malas nak jual...hehe

Tapi ikan selayang nak lima ekor, nasib baik ikan selayang kecik2 jek. Kalau beso2, tak jadi kerabu tauge la...dah jadi kerabu ikan selayang + tauge :)





Makan dengan nasi kerabu pun ok ni, sebab terlebih ikan. Kerabu tauge ni totally SRK yang buat. Akak balik kerja tengok2 dah siap. Awal pakcik ni balik rumah. Tengok2 dia tengah duk belek2 buku 365 resepi. Amboiii...bukan main lagi.

Overall, sedap kerabu tauge yang SRK buat ni, cukup rasa semua.  






Terperanjat jap akak bila tengok hasil ikan stim limau yang SRK masak. Biasanya dia masak tak jadi kaler macam ni. Semalam kaler dah tuko jadi oren, bulat mata akak...hahaha.

Sebelum tu dia suruh akak basuh + bersihkan ikan dan rebus ikan tu. Dia malas nak kukus la tu, nak cepat rebus jek. Sementara tu dia siapkan bahan2nya. Akak tengok bahan2nya semua ok tapi entah bila dia campak 4-5 biji asam boii yang kaler oren tu. Terus kuahnya jadi kaler oren. Nasib baik rasa ikan tak banyak berubah, kalau tidak mesti akak terkilan. Cicah dengan sambal kicap, still rasa ok. Alhamdullillah.

Gitu la bila SRK memasak ikut kehendak dia jek. 

throwback: 10Binjai, PNB Park, KLCC

Throwback yang terobek. Last minute decided buat iftar kat 10Binjai, PNB Park. RM80 per head tapi guna orang dalam, dapat RM64 per...