Semakin hari semakin kurang idea nak memasak untuk berbuka puasa. Puas pikir nak masak apa. Banyak hari mesti ada lauk ayam sebab ada peminat ayam kat rumah. Takde ayam macam tak selera nak makan budak tu.
Dalam2 buntu nak masak tu, siap la juga beberapa jenis lauk dan sayur. Alhamdullillah rezeki kami sekeluarga walaupun tak mewah macam orang lain. Cukup makan sampai ke sahur.
Sayur ni masak last sekali lepas masak lauk lain sebab makan panas2 la sedap. Ada sikit hati dan mempedal ayam, campur jek dalam sayur goreng ni. Cauliflower, one of my favourite. Campurkan dengan kacang buncis dan lobak merah. Done.
Baru ni beli sotong rendam sebab anak dara suka makan. Selain daripada masak pedas, akak takde idea nak masak apa sotong ni. This time anak dara request ummi yang masak sotong berlada sebab abahnya macam kureng terer sikit kalau masak lauk-pauk berlada gini. Sekejap jek masak sotong ni. Done.
Ehem, gulai ayam masak lemak cili api ni, SRK yang masak. Ini salah satu favourite SRK sebab tu la dia willing nak masak, dah terer kan. Akak dah cakap tadi, mesti ada lauk ayam. Gulai ni tak berapa pedas sebab SRK letak tiga biji jek cili api. Cuba letak tujuh biji, mahu bersiut akak nak makan. Done.
Resepi tak payah share la kot sebab semua lauk + sayur ni dah biasa buat kan. Akak masak semua yang simple2 punya, tak payah nak pikir bahan2 yang susah nak cari.
Perrrggghhh...ini yang kaw2 sekali, sambal belacan lada jeruk buatan sendiri. Dalam peti ais still ada balance lada jeruk, so SRK tumbuk sambal belacan + lada jeruk. Perah sikit air limau nipis atau limau kasturi. Memang bersiut makan sambal ni dengan nasi. Tapi sambal ni la yang jadi penyedap makan!
No comments:
Post a Comment
jejak orang suka makan, suka baca dan suka tulis...terima kasih daun keladi...jangan serik datang lagi...