Monday, July 13, 2015

during weekend



Our iftar on saturday. 





Akak masak nasi beriyani simple2 jek, ikut kehendak anak walaupun SRK tak berapa minat makan nasi beriyani time bulan puasa gini. Nak pulak time sahur. Muak katanya, memang betul pun. Tapi anak dara makan nasi beriyani macam tiga hari tak makan :)

Masak ayam masak merah, dalca ayam versi akak dan salad timun. Karipap tu SRK beli lima biji, tu pun tak abih nak makan. Rendang ayam tu kawan SRK yang bagi. Rezeki.





Nasi beriyani simple, kacang gajus pun takde nak bubuh dalam nasi. Nasib baik ada kismis. Ada stok perencah nasi beriyani brand Maggi, perencah serbuk tapi rasanya akak lebih suka perencah yang jenis paste tu. Lagi terangkat. Masak tiga pot beras, boleh makan sampai sahur.



Our iftar on sunday.





Mood balik kampung dah semakin menguasai diri...hehe. Masak murtabak megi jek petang semalam. Resepi mudah tapi sedap, kata anak dara. Lepas tu anak dara goreng keropok lekor favourite dia. Akak grill ikan salmon sekeping dan masak tomyam seafood. Tapi tomyam seafood tak sempat nak enterframe.





Dah lama tak makan ikan salmon since pindah duk kat KL ni. Dulu kat Bandar Puteri senang jumpa sebab rumah dekat dengan Tesco dan Giant. Mini market dan pasar dekat rumah sekarang, susah nak nampak ikan salmon. 

Salmon sedap makan walaupun kita grill jek. Akak tabur serbuk black pepper dan sedikit garam je, benda2 tu juga yang akak tabur kat kentang tu. Lepas grill jek serentak. Kentang tu rasa macam cheezy wedges kfc...ewah...






Empat biji telur untuk dua paket megi, okay. Campurkan dengan bawang besar yang telah didadu, lada merah dan daun bawang yang dihiris halus. Masak atas kuali leper aka ceper. Makan cicah dengan sos cili.







Belanja satu gambo anak dara berposing kat shoplot H&M, Quill. Ini la budak yang aktif berkayak tiap2 hari tu. Pergi Quill sebab nak cari seluar jean dan kemeja dia, dapat la apa yang dihajati. Kat Quill juga la akak ternampak ikan salmon... :)


throwback: 10Binjai, PNB Park, KLCC

Throwback yang terobek. Last minute decided buat iftar kat 10Binjai, PNB Park. RM80 per head tapi guna orang dalam, dapat RM64 per...