Tuesday, May 26, 2015

it's my life


Tak sempat nak mengupdate, internet pun slow macam siput kalau kat rumah.

Sejak dua menjak ni, rutin akak hampir setiap petang ialah menjadi tukang lepak kat Tasik Titiwangsa. Jadi tukang lepak sebab tunggu anak dara selesai berlatih main kayak. Tak lama lagi muscle pun timbul kat lengan anak dara...sado ... =))






Pemandangan kat Tasik Titiwangsa dalam pukul 7 petang. Time ni still ramai orang berjogging, main basikal dan bersantai2. Dan ramai juga couples yang still melepak kat sini, senang nak duduk sebab banyak bangku disediakan :)




Hajat hati nak snap gambar fountain tapi tak clear la pulak. Masa ni tengok keadaan kat area Genting Highlands dah gelap nak hujan. Masa ni punya la berharap hujan tak turun kat area tasik ni sebab anak dara akak masih berkayak kat tasik.




Itu la nampak dari jauh, group kayak derang. Derang ni under Kelab Kayak KL, dilatih setiap hari untuk jadi professional, In Shaa Allah. Coach derang pun senior form 5 kat sekolah yang sama tapi ada juga la coach yang lebih senior. Anak dara warning tak bagi ummi dia datang tengok dekat2 sebab bimbang tak boleh nak fokus...hehe.





Cerita hari Sabtu, bawak anak dara ke Klebang untuk survey tempat kursus. Sempat singgah beli coconut shake yang femes tu katanya. Nasib kami memang baik sebab baru ada empat orang yang tengah beratur nak beli. So, tak perlu nak Q lama2. Tapaw je sebab baru lepas makan nasi dengan asam pedas kat Tanjung Kling. Marbeles betul asam pedas Melaka.





Petang Ahad menerjah ke KL Festival City sebab stok barang dapur dah empty. Bawang2 pun dah abih semua. So...ajak SRK ke Econ Save kat situ. Sambil2 tu cuci mata, Tapi dalam2 cuci mata tu, grab juga perfume dua botol. Kat kedai atas tu memang jual murah2. Mujur tak ada wedges yang cantik, kalau tak mesti akak dah beli.





Dah shopping kat Econ Save, perut pun dah bunyi lain macam. Untuk alas perut, makan dulu roti cheese nan + ayam tandoori. Ini favourite anak dara. Kalau makan roti bun dengan sup kambing pun sedap kannnnn...

It's my life during weekend. Plan nak temankan anak dara main roller blade tak kesampaian. Maybe next time.








pantai kemasik

Last two days, kami sekeluarga ke Dungun untuk menghantar anak dara yang dah mula kuliahnya semalam. Great, semalam juga birthday dia yan...