Monday, May 11, 2015

my little green garden


Selalu orang kata monday blues tapi akak kalau nak feeling blue or blues pun, tak kira hari apa. Mood kat tempat keje bermula daripada mood kat rumah. Kalau bangun pagi2 dah ceria, In Shaa Allah masa kat ofis pun ceria juga. Monday blues sebab dah cuti dua hari? Rasanya cuti tak macam cuti. Tak cukup dua hari nak settlekan keje2 kat rumah.



BEFORE


End of last year, akak dapat pokok ni foc, dengan pasunya sekali foc. Terima kasih la banyak2 kat si pemberi. Lawa pokok bunga hijau tu, sebab tu akak tertawan. Dengan harapan akak dapat menjaga pokok tu dengan baik sebab akak bukan jenis "tangan sejuk", tanam pokok apa pun terus hidup subur.





AFTER

Selepas beberapa bulan, ini la rupanya pokok yang dihadiahkan orang tu. Elok je dia hidup menjalar kat balkoni rumah akak. Mula2 letak dalam rumah, pokok ni dah macam nak mati, daun2 macam layu je. Lepas tu SRK cadangkan letak kat balkoni rumah tapi jangan letak kat tempat yang direct dengan cahaya matahari.

Hari2 akak "bercakap" dengan pokok ni dan siram dengan air je. Tak de pulak cadang nak beli baja pokok bunga ke apa. Actually SRK cakap akak dah buang tebiat sebab tetiba ada mood nak tanam pokok bunga. Haishhh.

Sebab nak bagi pokok bunga yang satu berkawan, last week cuti panjang balik kampung, minta dengan mak pokok2 bunga dia. Cepat aje pokok2 ni "membesar".

Nyaman juga ye sekali-sekala tanam pokok2 bunga yang menghijau, sejuk mata memandang :)

No comments:

Post a Comment

jejak orang suka makan, suka baca dan suka tulis...terima kasih daun keladi...jangan serik datang lagi...