Monday, May 18, 2015

asam pedas ikan talapia dari Tasik Banding


Baru2 ni my brother pergi memancing kat Tasik Banding, pergi dalam 30 orang. Memang happening derang ni kalau dah minat memancing. Hasilnya dapat la banyakkkkk ikan. Ikan tasik ni memang lain sikit rasanya berbanding dengan ikan sungai. Separuh daripada hasil tangkapan dibawa balik ke kampung. Merasa juga mak abah makan ikan sungai, paling banyak ikan toman.





Haaa...engko, gambar periuk sekali akak snap :). Kebetulan sangat Sabtu lepas balik kampung, stok ikan toman dan ikan talapia dari Tasik Banding masih banyak kat rumah mak....so merasa la kami makan asam pedas ikan talapia. Memang mebeles la mak akak masak, bertambah nasi dibuatnya.

Mudah betul mak akak nak masak asam pedas, bunga kantan dan daun kesum ambik je kat luar rumah tu, ni yang untungnya kalau tanam sendiri. 

Best sangat rupanya makan asam pedas ikan talapia dari tasik ni, tak bau tanah macam ikan talapia sungai. Kalau bakar pun sedap. Isi ikan talapia tasik lembut sikit rasanya daripada talapia sungai yang biasa akak makan tu. Resepi nak buat asam pedas sama aje dengan resepi asam pedas ikan parang atau ikan2 lain. So, no need la kot nak share kat sini.

Lagi best kalau pakai cili boh yang kita buat sendiri, baunya pun lain bila menumis.

throwback: 10Binjai, PNB Park, KLCC

Throwback yang terobek. Last minute decided buat iftar kat 10Binjai, PNB Park. RM80 per head tapi guna orang dalam, dapat RM64 per...