Monday, April 27, 2015

workshop @ pacific regency kl







Last week, akak handled and attended satu workshop kat Pacific Regency Hotel Suites, KL. Nasib baik buat kat area KL je, tak perlu nak bersusah-payah keluar daerah. Walaupun buat kat KL je tapi akak still tidur kat hotel sebab program sampai dekat tengah malam. Malas nak balik rumah dah walaupun rumah dengan hotel cuma lebih kurang 8km.  Bagi chance SRK uruskan anak dara dia...hehe.

Sampai2 je kat hotel tu, terus snap gambar KL tower, macam jakun kejap. Sebab we all punya workshop kat level 33, so...memang nice view kat situ. Yang bulat2 tu bukan ufo ye tapi maybe ada side effect kat cermin tempat akak snap gambar tu.





Lokasi hotel ni betul2 kat depan jalan masuk ke KL tower. Walaupun hanya 10 minit dari ofis akak tapi memang akak tak pernah jejak kat hotel ni. Actually akak tak pernah pergi KL tower....woha!!
Clear nampak menara maybank kan. Banyak lagi hutan rupanya kat KL ni, hutan Bukit Nenas uolls. Time petang, nampak clear awan gelap...mendung nak hujan, menakutkan pun ada. Insaf kejap :P





Food kat situ tak la banyak sangat pilihan, sedang2 aje. Tapi salad dia boleh tahan sedap. Kalau ikutkan hati nak makan salad / kerabu je, kenyang dah kot. Tapi makan juga nasi sebab terliur tengok sotong dan udang, penambah kolestrol belaka tu.






Kek2 tu memang menggoda, sebab tu akak selamba makan tanpa menghiraukan tahap kolestrol. Habis licin semua, nak ambik lagi...macam tak patut pulak. Nanti peserta2 cakap puan emcee makan banyakkkkk.....




Tu mashmallow kot tapi akak ignore je, tak makan habis. Rasa sikit2 je. Puding kopi tu akak suka, sedap. Nampak je mangkuk tu besar tapi sebenarnya cenonet je.





Kek cokelat tu wajib ada kot sebab tiap2 kali makan, mesti ada. Tapi tak mengecewakan. Puding dalam gelas kecik tu terlalu banyak krim kat atasnya. Tak termakan pulak, rasa heavy gitu.





Tu kuih-muih during minum petang. Ada juga kuih lapis dan kuih lopez. Kek pelangi pun akak nak rasa, tak mengalah...hehe. At last kek pelangi tu tak habis....perut dah full. 




Jom tengok bilik dia pulak. Not bad tapi katil single quite small. Bilik luas sangat, kalau nak bawa famili empat orang pun selesa lagi. Bab lampu je agak kureng, tak ada lampu kat cermin make-up. Kena masuk toilet kalau nak bersiap, baru nampak clear bedak.





Dalam bilik ada meja makan dua kerusi, ada sofa dan meja kopi. Lantai mozek biasa, cuma kat area katil je ada karpet. 






Yang untungnya bilik ni ada peti ais, sinki dan dapur untuk memasak. Sebab tu sesuai untuk famili, senang nak masak apa2 kan. 




Interior dalam toilet, not bad. Cuma yang akak tak suka, tak ada paip air kat tepi toilet bowl. Semua toilet kat hotel ni pesen air keluar automatik dari bawah, pandai2 ler adjust ye... Kalau kita orang Islam ni nak bersuci, memang tak berapa sesuai la. Kena ada gayung nak ceduk air.

Satu lagi yang akak tak berkenan, kat area swimming pool tu. Swimming pool hotel ni kat level 33 tapi pool dia dikelilingi oleh bar. Malam tu akak and frens naik ke swimming pool tu, mak aiiii...macam ada pesta arak kat situ. Tak sesuai langsung nak mandi kat pool tu...tak sesuai... Maybe hotel ni target untuk tourists.

Overall, boleh la duduk kat hotel ni tapi tak la best sangat. 





throwback: 10Binjai, PNB Park, KLCC

Throwback yang terobek. Last minute decided buat iftar kat 10Binjai, PNB Park. RM80 per head tapi guna orang dalam, dapat RM64 per...