Tuesday, April 28, 2015

darah manis





Belanja gambar kat teluk cempedak (TC) dulu...sebab lepas selesai majlis bertunang, layan kehendak anak2 nak pergi TC. Banyak monyet kat situ...minta makanan daripada pengunjung. Akak takut nak dekat, buatnya digigitnya kita...haru.

Pantai TC dah seindah dulu, semakin terhakis dan jadi curam. Agak bahaya untuk aktiviti mandi-manda. Tapi aktiviti pantai memang banyak kat situ, happening gitu.







Yang berdarah manis anak kedua, jadi kena ada hadiah untuk si kakak sebab dah langkah bendul. Nampaknya ada kain pasang untuk si kakak. Si kakaknya InshaAllah akan datang berdarah manis juga.





Bekas cincin untuk merisik dan bertunang. Orang sebelah lelaki datang dari Kuala Nerang, jauh tu perjalanan dari sana nak ke Kuantan. So, buat dua2 sekaligus, merisik dan bertunang. Janji dua2 dah suka sama suka. Bakal ustaz dan ustazah.






Tak sempat nak merasa cokelat yang famous ni, takkan akak pulak nak merasmi makannya kan...hehe. Nampak menarik bila dah bungkus elok2 macam tu.





Antara hantaran yang diterima daripada pihak lelaki. Cantik kaler bunga2 tu, sweet.






Orang Kedah memang ikut adat sungguh. Set sirih dan pinang memang ada lengkap sebagai hantaran. Ada sirih, pinang, gambir, kapur dan garam. Kacip pinang pun ada.







Kuih-muih turut dihidang sebelum majlis bermula, buat isi perut sebelum makan nasi minyak. Kek pandan layer tu memang sedap, banyak akak makan =)). Karipap kentang pun ok tapi kuih akok kecik2 tu, akak tak makan sebab katanya manis sangat.

Tahniah kepada cousin akak yang cantik manis ni. Kejap je dah nak mendirikan masjid, baru lagi habis sekolah rasanya. InshaAllah segala urusan dipermudahkanNya.

No comments:

Post a Comment

jejak orang suka makan, suka baca dan suka tulis...terima kasih daun keladi...jangan serik datang lagi...