Tuesday, April 21, 2015

ayam masak serai by SRK


Sonok betul kalau suami volunteer nak masak kan. Boleh isteri rehat2 atau setelkan kerja2 rumah yang lain. Nak pulak isteri yang dah keletihan seharian bekerja kat ofis, macam hadiah gitu daripada si suami. Untung la kalau dapat suami yang rajin ke dapur. Akak la untung sebab suami akak memang tak berat tulang untuk ke dapur. Memang best!




Tu dia nampak tak sambal telur tu. Sebijik telur macam tiga suku masak lagi...so hancur sikit bila dijadikan sambal. Sambal telur yang mana telur2 tu free gift masa pergi kenduri kawen. Great idea daripada my hubby. Actually my hubby aka SRK memang kurang expert kalau buat menu yang masak2 merah gitu tapi bagi chance la kan, asalkan boleh makan.





Nampak macam ayam goreng tapi memang la ayam tu digoreng terlebih dahulu dengan garam dan kunyit. Lepas tu tumbuk bawang putih, bawang merah dan serai lumat2 dan tumis semua bahan ni. Letak ayam dan gaul, bubuh sos tiram sikit dan goreng la sampai agak kering. SRK namakan masakan ni, ayam masak serai... Memang ada rasa serai. 






Bila SRK masak sayur gini, kena ada kuah banyak sebab anak dara yang sorang tu suka hirup kuah sampai orang lain tak sempat nak ceduk kuah. Ni SRK guna baby cabbage campur dengan adult cabbage. Yang ni ok je rasanya. Good....!!





Pencuci mulut yang selalu ada stok kat rumah, favourite anak dara. Kalau beli 4 - 5 biji, budak tu pulun sorang2 dia aje. Orang lain tak sempat nak makan. 

Well, best juga kan kalau sesekali SRK yang masak. Bukan sesekali sebenarnya tapi memang berkali-kali juga SRK masak, nak pulak time akak busy dan lewat balik rumah. Kalau dua2 ada vitamin M, kedai tomyam banyak dekat2 rumah tu =)).

So, akak2 sekelian....latih la suami supaya rajin ke dapur dan tolong kita2 ni memasak. Untung2 dapat rasa air tangan suami.

mee kari chinese style

Semalam, tengahari lagi dah plan nak masak mee kari chinese style. Entah ler, tetiba teringin nak makan. SRK dan anak2 pun setuju ta...