raikan cinta @ dewan perdana felda


Lately, setiap weekend ada aje jemputan kawen daripada ofismate. Nampak sangat ofismate dah otai2 ye sebab anak2 dah kawen pun...ngeee. Sekejap betul masa berlalu, rasa baru lagi muda belia. Tapi bila ingat dah ada anak yang dah pun masuk tingkatan lima, tak payah nak perasan muda belia lagi kan. Sedar diri =)).

Sabtu lepas, nasib baik SRK free, boleh la ajak dia pergi kenduri kawen anak sorang ofismate tu. Lagipun lokasi kenduri tak jauh mana dari rumah, daripada akak kena masak sendiri kat rumah, baik la pergi makan kenduri...lagipun meraikan orang yang baru mendirikan masjid.





Hidangannya menarik, mesti la kan..kena bersesuaian dengan lokasi majlis diadakan. Kambing golek dengan sos lada hitam. Tapi minta maaf banyak2...kambing golek tu terasa sangat kambingggnya. Terbantut jap selera kami.





Nasi beriyani makan dengan daging kerutuk or what..?? ..tak sure tapi daging lembut je, senang nak makan dan sedap. Ada papadom, acar buah dan sweet sour fish. Ikan tu ok rasanya. Nasib baik akak ambik banyak sikit ikan...hehe





Dessert of the day ialah kek karot, kuih seri muka dan bubur kacang. Tapi akak kurang minat bubur kacang. Kalau ada bubur pulur hitam, memang akak ambik dua mangkuk dah. Satu untuk SRK dan satu untuk akak tapi kalau SRK tak nak makan, akak boleh clearkan... =)). Kuih seri muka dan kek karot tu sedap, nak tambah lagi tapi malu kuceng pulak.







Cenderahati untuk tetamu....macam biasa dapat telur. Pergi tiga beranak, so dapat la telur rebus tiga biji. Telur rebus tu SRK dah transformed jadi sambal telur untuk makan malam kami. Jimat kan...hehe. 





Ini masa pengantin bergambar dengan rakan2, kelas gitu pelamin dia. Sweet color, pandai pilih color. Tak la menjolok mata sangat dengan color2 yang terang. Nampak soft and sweet.






Trend kenduri kawen sekarang mesti ada muzik, kalau tak sunyi sepi uolls. Ni band daripada mana pun akak tak tau tapi suara kedua2 vokalis tu memang best walaupun dressing biasa2 aje. Lepas tu ada sorang brader tu tiup saksefon secara solo, terpukau kejap akak. Sambil makan sambil dengar muzik, rasa tak nak balik sebab...

1. makan sedap dan free..
2. makan sambil dengar muzik...
3. makan sedap, free, sambil dengar muzik kat tempat berhawa dingin...

Alhamdullillah, kita meraikan orang mendirikan masjid. Semoga bahagia hingga ke hujung nyawa.






Popular posts from this blog

mara digital

shah's beach resort, tanjung kling, melaka

pasar rakyat medan mara, KL