Saturday, April 18, 2015

crunch & munch untuk orang diet


Suka makan oat? kismis? buah tamar? telur?

Tak semua orang suka makan benda2 ni kan kecuali orang biasa makan telur.  Dalam menu harian selalu ada telur kan. Baru2 ni ada la sorang pompuan ni promote kat akak satu produk untuk diet. Dia cakap kalau makan benda ni, tak payah ambik breakfast. Boleh kenyang sampai tengahari, hanya dengan makan benda ni satu paket je. Biar betul kan. Akak sarapan cekodok lima biji, pukul 10 perut dah meminta2 suruh topup.





Ini la bendanya yang dia suruh akak try makan. Crunch and munch namanya, produk buatan Malaysia, hasil usaha dan penat lelah MADA, Kedah. Paket dia kecik aje, macam tak cukup kalau makan. Benda ni elok untuk orang2 yang mementingkan diet, memberikan tenaga kepada minda dan muscle. Minda cerdas, badan pun cergas katanya.

Kandungan benda ni ialah campuran oat, kismis, tamar, bertih beras perang,kacang tanah, manisan nipah, gula perang, mentega kacang, telur, garam dan vanilla. So jadi la benda ni.




Al-kisahnya akak belum makan pun lagi crunch and munch ni =).  Lepas tu macamana akak nak share experience kan. Tapi kalau ada sapa2 yang pernah makan tu, boleh la share cerita. Mana tau betul kan...bila kita makan benda ni, tak payah makan benda lain untuk sarapan. Lepas tu kenyang sampai tengahari, hebat bukan.

Harga satu paket kecik ni ialah RM3.50 sahaja. Kalau setakat nak cuba makan, tak rugi pun kalau beli. 

Yang crispy tu pulak, favourite akak =)).

Selamat berhari minggu, jadikan hari minggu uolls berkualiti. Stop dulu plan nak ke waterfall atau mandi sungai sebab sekarang ni dah berbalik musim kencing tikus. Minta dijauhkan daripada sebarang kesusahan. 

No comments:

Post a Comment

jejak orang suka makan, suka baca dan suka tulis...terima kasih daun keladi...jangan serik datang lagi...