Wednesday, April 1, 2015

online shopping sebelum gst


Dua tiga hari ni memang kecoh sangat pasal gst kat media sosial. Pantang buka whatsapp dan fb, tak ada isu lain yang menjadi favourite, melainkan pasal gst. Kus semangat. Teringat zaman dulu2, tahun akak lahirkan puteri sulung akak, 1998. Ada mantan TPM yang nak realisasikan gst pada waktu itu tapi PM kita tak bagi. Now PM kita dah berbeza dan dah laksanakan GST, walaupun mantan PM kita tu still tak bagi =)). Whatever.

Just forget about it, saja nak cerita.

Ahad lepas, sambil duk belek2 beberapa website yang menarik, akak teringat pada nile.com.my. Kes teringat tu sebab teringat anak dara akak nakkan kasut or sandal, untuk dia pakai during preparation class kat asrama.  Anak dara yang sorang ni memang kerap bertukar sandal, cepat je sandal dia rosak.

Tengok kat nile best juga sebab design kat situ macam sesuai untuk remaja sikit. Nampak kasut yang akak berkenan tapi susah nak cari saiz. Saiz kaki dia, 40...uolls. Ikut abahnya, gedabak. 





Lama lepak kat nile tapi tak dapat kasut dan saiz yang akak nak. Yang dapat, kasut adik dia, cuma saiz 5. Ok, fahammm...layan aje la anak dara yang sorang lagi ni. Dapat la satu kasut ni, ada banyak color tapi dia pilih rose color. Comel je kasutnya.




Padahal dah banyak kasut dia yang macam ni tapi takpe la, kasi can kan. Nasib baik kaki comel je, senang nak cari saiz. Sesuai la dengan karakter dia yang happy go lucky. Seronok sangat dapat kasut. Buat confirmation dan bayar cash waktu terima kasut nanti. Easy. Tak perlu pergi kedai.





Harga kasut ni tak sampai RM20. Berbaloi bagi akak sebab jimat masa dan jimat minyak. Tak payah nak pergi kedai or shopping mall. Just ngadap pc > pilih > confirm > bayar waktu terima barang. Order petang ahad, tengahari isnin dah dapat kasut. 

So, we all happy :)

No comments:

Post a Comment

jejak orang suka makan, suka baca dan suka tulis...terima kasih daun keladi...jangan serik datang lagi...