Orang kata kalau kita sentiasa senyum kat orang dan "bermulut manis" dengan orang, ada manfaatnya. Senang orang nak berkawan kan. Tapi muka akak type yang agak serius, kalau setakat senyum sikit2, tak berubah pun muka. Masih nampak serius lagi, mula la orang kata akak sombong :(
So...seboleh-bolehnya akak cuba senyum kat orang walaupun kadang2 senyum akak tak berbalas. But it's ok, tak ada masalah pun. Hak masing2 nak senyum ataupun tak.
Efek daripada senyum dan sentiasa beramah mesra dengan orang ni.. (kononnya..), dapat la rezeki. Dapat jajan dari Sabah dan kuih...errr...lupa nama kuih..pemberian orang dari Melaka. Bawak balik rumah, anak dara pun teruja nak makan. Cantik lagi balang kuih tu, siap ada riben.
Ini pulak kuih dari Sarawak. Yang kaler kuning tu namanya kuih tebaloi dan yang putih sikit tu, jaon. Akak pun jarang...maybe tak pernah makan kuih2 tradisional ni. Rezeki lagi..kan. Kalau tak puas hati, nanti tanya mr.google tentang asal-usul kuih2 ni.
Paling best dapat mafla daripada sorang kakak dari Sarawak. Sebelum dia terbang balik ke Kuching, ada juga cenderahati kenang-kenangan untuk akak dan kawan2. Cantik pulak kaler mafla ni, yang penting border color mafla tu, warna favourite akak, purple.
Thank you so much atas semua pemberian ni, tak terbalas rasanya. Alhamdullillah.
No comments:
Post a Comment
jejak orang suka makan, suka baca dan suka tulis...terima kasih daun keladi...jangan serik datang lagi...