Thursday, April 9, 2015

new activity @ my qassy


Sejak masuk form one ni, my girl semakin matang. Walaupun kecewa sebab tak dapat masuk SBP or MRSM tapi dia tak pernah putus asa. Mula2 tukar sekolah baru dulu, macam2 perasaan ada. Segan la, takut tak dapat kawan la, bimbang sekolah tak best la. Semua ada. 

Tapi bila dah beberapa minggu jadi budak sekolah menengah, she's getting better sebab dah dapat kawan, dah ada geng. Confidence level dah semakin meningkat dan akak pun happy dengan keadaan dia. Bila happy, maknanya semangat nak belajar pun tinggi. Itu yang penting. Alhamdullillah cikgu-cikgi kat sekolah tu nampaknya quite aggresive dan aktif dengan pelbagai aktiviti. Tiba masa nak pilih kelab, persatuan....berhari-hari duk fikir nak masuk apa. At last, one day...setelah difikirkan masak2, kelab hoki jadi pilihan. Pengakap laut pulak pilihan untuk aktiviti pasukan beruniform dan...surprised sikit sebab this girl masuk kelab katering, nak belajar masak katanya.

Wow! Akak berpuashati dengan pilihan dia. 





Ini pun salah satu aktiviti kegemaran dia, makan aiskrim pasu. Macam2 sekarang ni kaedah nak melariskan produk masing2. Orang tanam pokok bunga dalam pasu, yang ni jual aiskrim dalam pasu. Satu pasu boleh makan bertiga..uolls. Jimat juga tu tapi memang jenuh nak abihkan aiskrim pasu ni.





Yes, ini la aktiviti atau hobi terbaru anak dara akak, berkayak. Kebetulan dia masuk persatuan pengakap laut kat sekolah, so memang attach dengan aktiviti berkayak di Tasik Titiwangsa. Bermula dengan "kelas kayak" yang dibuat sehari suntuk, beberapa minggu lepas, then...setiap hari ada latihan berkayak mulai jam 5.00pm - 7.00pm. 

Budak2 ni memang teruja sebabnya...training coach tu abang2 sado...uolls...hehe. Melting katanya bila tengok body abang2 tu. Mahu tak sado, hari2 duk kayuh kayak. Kakak2 senior yang dah lama berkayak pun sado2 juga lengan derang...huhu. Anak dara akak excited sangat dapat join aktiviti ni sebab coach cakap kalau semua bagi komitmen yang bagus dalam latihan, nanti nak bawa pergi Putrajaya pulak. Then, kalau lepas semua latihan dan ujian, boleh jadi pelapis untuk SUKMA 2018. 

OMG!!! 





Abang2 sado @ coach tu memang baik2 semua, ajar elok2...sebab tu budak2 ni cepat pandai main kayak. Tak padan dengan badan kecik tapi mampu nak kayuh kayak. InshaAllah semoga segala usaha murni budak2 ni membuahkan hasil suatu hari nanti.

Nanti nak cerita pulak macamana anak dara akak dah terer buat cup cake! Ummi dia yang dah berpuluh tahun hidup ni pun terkial2 nak buat cup cake....ngeeeeee   =)).




No comments:

Post a Comment

jejak orang suka makan, suka baca dan suka tulis...terima kasih daun keladi...jangan serik datang lagi...