Pertamanya, akak nak wish happy birthday pada anak dara akak yang gigih berkayak tu. Hari ni genap umur dia 13 tahun, sekejap je rasanya. Pejam celik dah 13 tahun budak kecik ni. Malam tadi dia tanya apa hadiah yang ummi nak bagi??... Agak2 apa hadiahnya ek? Tak pernah lagi orang bagi hadiah macam ni kot... =)).
Ini la hadiahnya, sleeping bag. Jenuh nak mencari benda ni. Akak beli sleeping bag ni sebab anak dara akak ni kena pergi camping kat sekolah. Camping tak lama pun, cuma dua hari satu malam. Camping pun kat sekolah je...dekat dengan rumah. Tapi sebab nak ada mood bercamping tu, kena la ada sleeping bag, baru rasa macam orang camping kat dalam hutan or waterfall kan.
Survey kat online website untuk beli sleeping bag. Memang ada kat Lazada, harganya pun murah sebab ada offer. Cuma RM37.00 ++ je tapi deliver by shipping, lambat la sampai ke tangan. Kebetulan ada kawan nak pergi shopping kat JJ Maluri, so akak follow la. Rezeki ada kan, kat JJ Maluri memang ada jual sleeping bag dengan harga yang berbeza-beza dan akak beli sleeping bag yang harga sedang2 je. Ada banyak pilihan kaler tapi prefer yang hijau tua ni sebab tak cepat nampak kotor. Jadi, ini la hadiah hari lahir anak dara... :)
Cikgu dah bagi list barang2 yang perlu dibawa semasa camping. Lampu suluh kena ada, SRK beli kat DIY. Walaupun beli kat DIY je tapi harganya boleh tahan, RM14.00. Bawa pinggan dan gelas plastik, bawa selipar, kain telekung dan kain baju untuk dua hari. Akak bekalkan juga kain sarung untuk buat kain basahan. Walaupun budak ni macam tak faham keperluan kain sarung tu, nanti masa camping, dia tahu la kenapa kena bawa kain sarung.
Penuh la beg galas dia tu, excited sangat nak pergi camping walaupun camping kat sekolah je. Program ni dipanggil kursus asas perkhemahan. So, next time baru ada perkhemahan sebenar di lokasi luar. Harapan akak semoga anak dara akak ni dapat belajar sesuatu daripada pengalaman.
HAPPY BIRTHDAY MY GIRL!!!
No comments:
Post a Comment
jejak orang suka makan, suka baca dan suka tulis...terima kasih daun keladi...jangan serik datang lagi...