Akak pernah buat entri tentang pelaburan emas dengan Public Gold (PG) tapi tulis basic2 gitu aje la. Boleh ulang baca kat SINI
Baru2 ni ada terbaca pasal sorang blogger yang menulis tentang PG ni tapi isi kandungannya macam kurang betul. Akak pun tak expert sangat lagi dengan pelaburan emas ni tapi akak boleh katakan PG ni ada surat pengesahan daripada Bank Negara untuk derang menjalankan pelaburan emas. PG ni ada kilang, satu2nya kilang untuk mengeluarkan jongkong emas iaitu kat Penang. Ada juga surat pengesahan yang mengatakan bahawa PG ni beroperasi mengikut syariah Islam.
Kalau sapa2 yang pernah berurusan dengan Ar-Rahnu Bank Rakyat, pasti tak ragu2 kan untuk kita simpan emas kita kat situ. Bila dah ada duit semula, tebus balik semua emas2 tu. Lebih kurang sama la juga PG ni, kita boleh simpan emas2 lama kita kat situ dan ia akan menjadi pelaburan kita. Kalau kita tak ada stok emas lama untuk disimpan, kita boleh laburkan duit sedikit demi sedikit untuk masa depan kita sebab simpan emas ni untuk pelaburan jangka panjang. Kalau dah terlebih duit sangat, boleh la labur banyak2 sekaligus, tak rugi.
Lagi satu, PG tak pernah janji pada sapa2 yang menyimpan emas kat situ...contohnya simpan permulaan RM5,000...sampai enam bulan akan jadi RM7,000 atau RM10,000. Tak ada ye janji macam tu sebab pelaburan emas ni macam forex juga. Ikut harga emas. Kalau harga emas tinggi, tinggi la jadinya pelaburan kita. Kalau harga emas turun, turun la amount pelaburan emas kita. Tapi berdasarkan sejarah, belum pernah lagi harga emas jatuh merudum macam forex tu yang tetiba jatuh merudum atau naik mendadak. Ada la sekali dulu harga emas agak jatuh, masa tu zaman inflasi teruk, tahun 1997 gitu.
So far, akak pun tak melabur banyak2 sekali tapi akak buat standing instruction dengan maybank2u. Tiap2 bulan ada la amount tertentu yang terus dipindahkan ke akaun PG. Lama2 nanti makin banyak la simpanan / pelaburan secara tak sedar kan. Dan duit yang kita simpan tu boleh ditukarkan kepada emas gram atau kalau dah banyak nanti, boleh tukar jadi jongkong emas. Kalau harga emas murah, masa ni la nak labur banyak2.
Terpulang pada individu nak melabur kat mana, nak melabur duit atau nak melabur emas. Ada juga pelaburan emas kat tempat lain selain daripada PG. Terpulang, tepuk dada ikut selera masing2. Cuma elak sebarkan info yang tak sahih. Kat PG ni, kita boleh keluarkan duit kita bila2 masa dengan syarat ada baki minimum tinggal dalam akaun sebanyak RM100. Simple kan.
Boleh juga buka akaun PG untuk seisi keluarga, untuk pelaburan pendidikan anak2 pun boleh. Labur emas memang tak rugi. Even Tun M sendiri pun pernah bercakap tentang kebaikan pelaburan emas ni tapi kebanyakan orang Melayu kita ni tak ambik peduli. Orang cina pulak yang ramai melabur emas. Orang cina tak minat sangat nak pakai emas banyak2 kat body tapi cuba tengok akaun pelaburan emas derang, menggunung.
Kita boleh tengok setiap masa akaun kita kat PG, cuma buka website PG dan login kat situ. So, kita boleh tengok berapa banyak emas kita ada, berapa harga emas untuk hari ini, boleh beli emas online dan boleh juga jual emas.
BERITA BAIK UNTUK PENJAWAT AWAM
Sekarang ni ada promosi untuk penjawat awam. Sapa2 yang melabur RM5,000, terus boleh jadi dealer PG dan boleh menikmati insentif seterusnya. Grab sebelum 30 April 2015 ni!!!
Beli emas, dapat emas!!! Beringat sebelum terlambat.
No comments:
Post a Comment
jejak orang suka makan, suka baca dan suka tulis...terima kasih daun keladi...jangan serik datang lagi...