energy with smoothies





Akak memang suka beli dan baca majalah RAPI. Kalau tak ada RAPI, HARMONI pun suka juga. Dah kurang suka beli majalah WANITA atau MINGGUAN WANITA. Dulu suka baca majalah MIDI tapi lately macam dah tak keluar majalah MIDI tu. Frust juga sebab banyak cerita pasal wanita midi kat dalam tu.

RAPI cover amoi Elizabeth Tan tu, keluarannya dah lama tapi akak tak habis2 lagi baca. Ada cerita pasal jamu..uolls. Nak makan jamu kena pandai pilih jamu juga, kalau tak, bimbang effect di hari tua kita nanti. One thing yang akak paling suka baca RAPI ni ialah sentiasa ada info tentang tips untuk turunkan berat badan atau pecahkan lemak atau diet. Tu yang best, walaupun akak liat nak buat.. =)).

Intai kat IG majalah RAPI, ada dikongsikan cara nak buat smoothies yang simple. Teringat pulak nak share kat blog ni.


GREEN SMOOTHIES

2 genggam baby spinach (tengok la juga besar mana genggamnya...)
1 biji epal hijau
1 biji pisang
1 cawan yogurt
5 biji strawberi (i think boleh tukar kot dengan buah lain...such as kiwi..)
1/2 biji oren sunkist

Blend semua bahan tersebut dan enjoy your green smoothies. 

Smoothies ni mampu memberi tenaga kepada kita dan elok untuk diminum setiap hari.

Selamat mencuba!!



Popular posts from this blog

mara digital

shah's beach resort, tanjung kling, melaka

pasar rakyat medan mara, KL