Monday, April 13, 2015

masak simple, makan berdua


Dah lama tak share cerita pasal makan kan. Sebab dah banyak hari dapur akak tak berasap, asik balik malam je. Badan pun dah penat, banyak makan kat luar je. Nipis dah purse :) Bila dapat masak tu, macam puashati sebab walaupun simple sangat menunya tapi bila asben makan bertambah, lagi puashati kan. Nasi dalam periuk licin...tu yang paling best, tak ada yang membazir.







Ini dia menu yang simple tu, bakar ikan kerisi dalam magic pan, hiris timun. Dua2 tu cicah dengan budu. Nak sediakan budu, kena ada limau kasturi atau limau nipis, bawang merah, serai dan cili api. Serai dan bawang merah tu hiris nipis2. Perah air limau kasturi, marbeles u olls. Kena pulak dengan budu yang jenis tak berapa masin. Memang best, ni yang SRK suka sangat.






Ni kacang buncis goreng dengan ikan bilis dan fishball. Kenapa akak hiris nipis2 je kacang buncis tu? Sebab ikut kehendak SRK nak akak masak macam tu. Jadi, ikut je la kan, tak ada masalah pun nak masak.






Susah juga kalau menu tak ada yang berkuah. So, akak buat la kari ikan ala kadar, untuk makan berdua. Makan berdua sebab waktu ni anak dara dah pergi camping. Bila tengah makan, teringat pulak kat anak dara...dah makan ke belum, kenyang ke tak dia makan....tapi dah bekalkan siap2 maggi cup dan roti, mana la tau tengah2 malam perut lapar kan.

Well, mudah je menu yang akak masak bila tinggal berdua2an dengan SRK. SRK memang suka budu, maklum la lidah pantai timur gitu. Alhamdullillah ada rezeki untuk kami lagi.

mee kari chinese style

Semalam, tengahari lagi dah plan nak masak mee kari chinese style. Entah ler, tetiba teringin nak makan. SRK dan anak2 pun setuju ta...