Tuesday, April 14, 2015

cekodok bilis, favourite breakfast







Cekodok bilis ni memang style kampung betul, tepung + ikan bilis & bawang merah tumbuk, garam dan telur. Resepi turun-temurun tapi mak akak yang buat cekodok, lagi sedap. Mesti la tak boleh lawan..huhu. 

Cekodok ni actually favourite anak2 akak. Tak ada menu lain pun tak apa, makan cekodok ni dah memadai, dah puashati sangat. Memang licin tinggal pinggan. Tapi kan...akak rasa lately ni tepung gandum cap sauh tu macam dah jadi liat sikit bila kita bancuh untuk buat cekodok. Orang kata kalau nak lagi sedap, guna tepung gandum faiza. Cuma harga mahal sikit la daripada tepung gandum cap sauh.






Hmm...ni keropok lekor frozen, made in Dungun. Kat rumah akak memang ada stok keropok ni, my friend yang delivered. Keropok ni memang sedap sebab bila kita goreng tu, dia lembut je, tak jadi garing macam sesetengan keropok lekor frozen yang lain. Makan dengan pencicah yang diimport dari Dungun juga. 





Yang ni bukan mee kari yang akak masak sendiri =)). Tapi akak makan kat Restoran Haslam, Jalan Pahang. Lokasinya berdepan dengan KPJ. Memang ramai orang datang makan kat situ, dibuka siang sampai malam. Time malam boleh order masakan panas such as mee kari ni. Sedap mee kari dia buat, cukup rasa, cukup pekat kuahnya. Harga RM6.50 semangkuk. Puashati makan.

Nanti nak ulang pergi makan :)




mee kari chinese style

Semalam, tengahari lagi dah plan nak masak mee kari chinese style. Entah ler, tetiba teringin nak makan. SRK dan anak2 pun setuju ta...