Thursday, March 19, 2015

salad mudah dan cepat







Lately SRK suka sangat buat salad versi dia sendiri, ganti sayur. Anak pun suka makan. Kalau akak masak sayur, kebanyakan sayur memang SRK tak makan. Entah dia dapat idea dari mana, akak pun tak tau tapi dalam seminggu, dua tiga kali juga la makan salad buatan SRK.

Bahan2nya mudah sangat, samada nak bubuh ayam ataupun sotong tapi akak prefer sotong, lebih sedap. Potong kecik2 dan rebus sekejap. Kalau guna ayam, rebus la sampai empuk ayam tu. Kalau guna sotong, rebus not more than two minutes. Kalau lebih, sotong jadi liat. Tapi untuk buat salad ni, rebus sotong dalam seminit pun dah memadai rasanya. Sotong dah lembut.

Bahan lain, bawang besar atau bawang merah, timun jepun, buah tomato, cili api dan limau kasturi. Bawang, timun dan tomato tu boleh racik kecik2. Gaulkan semuanya dengan sotong atau ayam tadi. Perah limau kasturi dan bubuh sedikit garam. Dah siap, mudah kan. Kalau suka, boleh hiris halus2 kacang panjang atau kacang botol. Pun sedap,

Ni salah satu cara nak suruh anak2 makan sayur :).

pantai kemasik

Last two days, kami sekeluarga ke Dungun untuk menghantar anak dara yang dah mula kuliahnya semalam. Great, semalam juga birthday dia yan...