Friday, March 20, 2015

kiwi ganti fiber instant






Akak suka makan buah kiwi sejak terjebak makan kat hotel2 ni. Kalau makan kat hotel mesti ada kan buah kiwi. Kat KL ni kalau tengok harga buah kiwi, kus semangat. Boleh tahan mahalnya, macamana nak makan banyak2... ;)

Bila balik kampung halaman, tengok pulak harga kat sana. Hmm...lebih murah rupanya. So selalu 'borong' buah kiwi kat kampung je. Banding dengan kiwi hijau, rasanya kiwi kuning lebih sedap, pada pandangan akak la. Tapi sebab kiwi kuning ni kadang2 ada, kadang2 tak ada, so rembat je kiwi hijau.

Akak ada masalah penghadaman, atau dalam erti kata lain sistem penghadaman tak stabil. Dulu2 akak makan fiber serbuk. Setiap malam minum satu gelas fiber, lepas tu pagi2 buta engko tak menyempat nak ke toilet. Semua toksin keluar terus. Tapi dah tak larat nak minum fiber tu, tak boleh nak kontrol =)).






Menurut fakta yang akak baca kat internet, setiap hari dua hidangan buah kiwi dijadikan aturan baru dalam diet kita. Buah kiwi mempunyai banyak manfaat kesihatan, kaya dengan nutrien yang boleh bantu mencegah penyakit. Samada kita tahu ataupun tidak, buah kiwi mengandungi dua kali ganda jumlah vitamin C berbanding buah oren, dua kali ganda vitamin E berbanding buah avokado. Sesuai untuk orang yang mementingkan kesihatan dan pesakit diabetes sebab ia mengandungi indeks glisemik yang rendah dan kandungan fiber yang tinggi. Lebih kurang dengan hidangan emping bijirin. 

Buah kiwi sesuai dimakan begitu sahaja tapi boleh juga dimasukkan dalam masakan. Cuma akak tak pernah cuba. Selain mempunyai vitamin C, buah kiwi juga ada bahan lain seperti folat, potasium dan zink, sesuai untuk perempuan yang hamil. Anak2 akak pun suka makan buah kiwi ni dan boleh membantu melawan selsema, demam dan sembelit.

Boleh la kita makan buah kiwi kalau kita tak suka nak makan supplements. But meanwhile akak memang makan vitamin C dan Alfalfa Complex by Shaklee. 











No comments:

Post a Comment

jejak orang suka makan, suka baca dan suka tulis...terima kasih daun keladi...jangan serik datang lagi...