Tuesday, March 24, 2015

jakel happy hour



Ramai dah kawan2...sedara-mara pakat pergi wisma jakel. Semua cerita macam excited semacam :). Jumaat lepas during lunch hour, akak pun 'berjaya' tiba di Wisma Jakel...niat hati nak cari kain yang murah2 dulu untuk test skill tailor baru. Kalau upah tailor guna kain mahal, nanti baju siap..kalau tak best nak pakai, rasa terkilan pulak. Jadi beli kain murah dulu.

Apa nak kata, masuk je kat Jakel....kebetulan sungguh, jakel nak buat happy hour.  Maka makcik2 pun happy la =). One salesgirl for one customer, itu konsep yang Jakel buat. Salesgirl ni akan entertain sorang customer sampai customer tu abih shopping. I loike.

Rambang mata bila dah masuk situ. Time happy hour, memang berlaga2 montot. Masing2 nak cari yang berkenan di hati, dengan harga yang berpatutan. Niat akak pun dah berubah. Daripada nak cari kain yang murah, terus tukar fikiran beli kain untuk tempah baju raya. Yes!!





Jenuh nak memilih kain nak buat baju raya, kejap ke sana, kejap ke situ. Letih budak salesgirl tu mengikut akak agaknya. At last, dapat la lapan pasang uolls. Terkejut SRK bila dengar akak shopping lapan pasang terus. Alang2 menyeluk pekasam kan. Belikan kain untuk mak dan anak2 sekali, tu yang jadi lapan pasang. Alhamdullillah.

So, apa tunggu lagi ....moh ke Jakel KL hari ni juga... Kalau feeling macam mak datin, pegi Jakel naik kete mewah, boleh la letak kereta kat depan pintu masuk Jakel, atas kapet rumput tu lagi. Tak perlu nak letak kereta jauh2. Kelazzz gitu Jakel sekarang ni. Kalau nak shopping baju kawen yang harga RM5,000 ke atas pun ada. Pilih aje.

Dont miss it!!! 














No comments:

Post a Comment

jejak orang suka makan, suka baca dan suka tulis...terima kasih daun keladi...jangan serik datang lagi...