Tuesday, December 16, 2014

waterpark @ my kampung

Lokasi : Bandar Ikan Patin


Sejak Gambang Waterpark dah wujud kat Gambang tu, pernah ler akak bawa anak2 berjimba kat situ. Not bad sebab waktu tu waterpark tu baru je buka. Punya la teruja kan nak "merasmikan" waterpark baru. Perjalanan lebih kurang sejam je dari rumah mak. Ini kan pulak ada waterpark kat kampung sendiri, lagi excited.

Entah sapa yang invest  bina waterpark kat bandar ikan patin ni tapi ok la untuk bawa famili bersantai kat situ. My uncle cakap tempat tu mesra pengguna. Yup, lengkap dengan bilik persalinan semua. Ada guard juga macam kat waterparks lain yang lebih hebat. 





Tengok la my kids yang seronok sangat kot mandi kat situ. Air kolam tak dalam sangat, 3 - 4.5 kaki je, sesuai untuk semua golongan. Kolam untuk kanak2 pun ada, jangan bimbang. Kolam tu lebih cetek dan mudah untuk penjaga mengawal kanak2. Kolam untuk kanak2 bawah 3 tahun pun ada...siap ada toys dalam kolam tu untuk derang main. Janji parents jaga anak masing2 sebab kalau terguling dalam air...masalah juga.





Kat main entrance tu ada kiosk jual minuman dan makanan. Ok la sebab kita boleh makan/minum sambil duduk bersantai kat bangku2 yang disediakan kat tepi kolam. Banyak bangku disediakan kat situ. Ada juga kiosk yang jual peralatan2 mandi, kalau berminat nak beli. Peralatan yang nak sewa pun ada juga such as pelampung.





Yang sebelah sana tu kolam untuk babies...bawah 3 tahun. Banyak toys kat dalam kolam tu untuk babies main. Mesti ralik punya, mandi + main sampai kecut kulit =)).





Haaa....tu yang nampak jauh tu kolam untuk kanak2 yang dah besar sikit. Kalau kita2 ni berdiri dalam kolam tu, air paras lutut je kot. Still ada daya penarik kat situ. 





Yang tu pulak gelongsor yang dibina khas. Boleh la kalau kita nak try menggelungsur gaya bebas kat situ. Ciri2 keselamatan still ada, sama macam waterparks yang lain. Tapi kalau body over weight...hmm...hehe

Ok...bayaran masuk memang murah sangat. Dewasa RM10.00, Kanak2 bawah 12 cuma RM8.00. Kalau nak masuk tanpa mandi kolam, bayar RM1.00 je.

throwback: 10Binjai, PNB Park, KLCC

Throwback yang terobek. Last minute decided buat iftar kat 10Binjai, PNB Park. RM80 per head tapi guna orang dalam, dapat RM64 per...