Monday, July 7, 2014

sambal mangga









Musim buah mangga kat rumah mak masih lagi tak abih. SRK pulak asik komplen tak selera makan kalau tak ada sambal, tak ada yang pedas. Abah akak pun sama macam tu, mesti ada yang pedas.  

Bila nampak mangga melambak lagi kat rumah, apalagi...akak tumbuk cili api kampung tu dengan garam. Kemudian racik2 mangga tu dan gaulkan dengan cili yang dah ditumbuk tadi. Menu yang sangat simple tapi cuba makan dengan nasi panas, ikan goreng atau ikan kering goreng, buat sayur berkuah sikit, mesti terangkat. Mesti nak menambah nasi.

Lepas tu, SRK mengadu sakit perut pulak banyak sangat makan sambal mangga. Nasib la kan... =)).

#ramadan ke-9.






pantai kemasik

Last two days, kami sekeluarga ke Dungun untuk menghantar anak dara yang dah mula kuliahnya semalam. Great, semalam juga birthday dia yan...