Friday, March 14, 2014

kemena plaza hotel @ bintulu







Dari Sibu akak terus ke Bintulu, masih menaiki Hilux. Tapi jarak Sibu dengan Bintulu tak jauh sangat, dalam dua jam dah sampai. Tapi sebab keadaan jalannya yang tak berapa elok dan banyak lori2 maka perjalanan kami jadi agak lama.

Di Bintulu, kami menginap di Kemena Plaza Hotel, dekat dengan pasar malam. Senang nak cari makan. To me, Bintulu lebih bersih daripada Sibu. Bandarnya lebih tersusun gitu dan yang penting boleh nampak lebih ramai orang Melayu. Cuma makanan kat situ agak mahal. Kata seorang teman, kos sara hidup di situ lebih kurang kos sara hidup di KL dan Penang. Owh...

Sempat singgah lunch di satu restoran melayu...tetiba dengar satu group cakap slang Kelate. Hiks... =)






Ini tamu atau pasar besar Bintulu...tersusun juga macam kat Pasar Besar Siti Khadijah, tak susah nak cari apa kita nak. Akak ke situ sebab nak beli ikan bilis dan ikan kering. Malam sebelumnya kawan akak sempat borong udang segar kat pasar malam...memang murah. Simpan dalam ice box dulu sampai udang tu keras, then boleh la bungkus elok2... Orang Kuching pun shopping udang kat Bintulu you ols. Tapi akak malas nak packing bagai..sebab nak fly ke KL...leceh.

Ada kesempatan, rasanya nak juga ke Bintulu lagi.


iphone yang hilang

Kelmarin dapat kawan2 baru dari Jepun. One of them is an English teacher in Singapore and married to Singaporean. The other one (...