Dari Kuching, akak bergerak ke Sibu. Baru terasa jauh yang amat bila pergi Sibu naik kenderaan darat. Rasa nak patah pinggang ni naik Hilux dari Kuching ke Sibu. Perjalanan jauhnya macam dari KL ke Kota Bharu, gitu la lamanya. Kalau lalu highway macam PLUS tu takpe juga kan tapi ni lalu jalan persekutuan yang muka buminya...hmmm...boleh sakit la badan ni dibuatnya.
Akak menginap di Hotel Paramount, hotel ni biasa2 aje tapi ok takde masalah pun. Lokasi hotel ni tepi jalan aje, senang rasanya nak cari. Tapi i think hotel ni cina yang conquer sebab banyak bas pelancong yang bawa cina menginap kat sini. By the way, lupa pulak yang Sibu memang tempat cina. Susah nak nampak Melayu kat hotel ni. Dan...tanda kiblat kat dalam bilik tetap ada cuma sangat cenonet.
Entrance hotel akak snap dari tempat makan. Lobi yang agak kecil...so kalau cina yang ramai2 tu masuk...dah jadi macam pasar pulak...huhu.
Restoran yang biasa2 aje, tak banyak pilihan food pun tapi kalau nak save cost, boleh la menginap kat sini sebab biliknya ok. Oleh kerana masa akak pergi tu tak abih lagi aura cny maka tu la sebabnya dibalutnya tiang tu dengan kain merah. Tanglung pun masih ada.
I had no choice to eat sebab akak sekarang nak mengelak makan nasi lemak terlalu kerap. Tengok2 ada pulak laksa Sarawak. So, akak makan la laksa Sarawak ni, quite nice rasanya. Pagi2 dah makan laksa Sarawak kan tapi best juga.
No comments:
Post a Comment
jejak orang suka makan, suka baca dan suka tulis...terima kasih daun keladi...jangan serik datang lagi...