Tuesday, March 4, 2014

grand margherita, kuching


Tak sempat nak menulis walaupun akak memang suka menulis blog. Kerja tak habis2 datang, banyak buat kerja on the ground, pergi ke sana ke mari. Banyak hari tinggalkan rakyat kat rumah. Penat jangan cakap la, tambah pulak akak kan dah masuk 4 series. Kalau bmw makin banyak series makin laju tapi kalau manusia...makin banyak series makin menurun energy.




Salah satu tempat yang akak pergi ialah Kuching. Lama sangat dah tak menerjah ke Kuching, dah tak ingat rupa Kuching. Dah banyak pembangunan berbanding dengan dulu. Great. Menginap di Hotel Grand Margherita, hotel yang dibina di tempat yang strategik berhampiran dengan water front.






Restoran dalam hotel ni memang menarik minat akak sebab ada kitchen di tengah2 restoran. Kitchen yang dibina berkonsepkan transparent ni membolehkan kita tengok apa dan macamana chef2 ni memasak. Boleh tengok la samada bersih ke tidak etc. Nice.




Hotel ni mempunyai lobi yang luas dan  memang sesuai untuk mereka yang suka shopping sebab bersebelahan dengan shopping mall. No worries kalau you olls tak bawa ubat gigi ke apa...just walk a few minutes dah sampai shopping mall. Sangat dekat.




Food kat situ not bad, banyak choice cuma tak pasti kena dengan selera kita atau tak kan. Macam biasa ada Malay food, Western food etc. 




And akak tak tau kenapa lepas beberapa kali tawaf tengok food kat situ, at last akak cuma makan roti canai je. Nak rasa macamana roti canai buatan orang Kuching kan. I think orang Kuching suka food yang manis2 juga la, sama macam kat Kelantan.

Mushroom yang akak ambik tu memang sedap (sebab akak memang suka mushroom). Sosej tak tinggal kalau makan kat hotel. Dah itu food yang wajib ada kan. For this, akak bagi 4 bintang. Walaupun hotel ni dah masuk dalam kategori berbintang2 tapi food dia still tak leh lawan food kat Awana.




Biliknya ok...sederhana besar dan akak pilih bilik yang mengadap water front. Hajat hati nak naik river cruise nak pergi dinner kat seberang sungai tapi bila badan dah letih, nak berjalan pun macam tak larat. Maybe next time.



No comments:

Post a Comment

jejak orang suka makan, suka baca dan suka tulis...terima kasih daun keladi...jangan serik datang lagi...