Since sebelum krismas tahun lepas lagi akak dah busy semacam dan mood nak menulis di blog macam "kejap ada kejap takde" gitu. Bermula dengan cerita anak dara akak yang "kecoh" kejap dengan keputusan PMR dia, tak sangka dapat keputusan yang macam tu. Alhamdullillah.
Aksi dan gaya gembira seorang anak dara. Alhamdullillah dapat keputusan yang cemerlang. Keep it up, well done! Akak pulak yang terlebih emo masa ambik result hari tu, empunya badan macam relax je walaupun akak tau dia sangat happy.
One day sebelum tu, akak terbang balik dari JB...memang terkejar-kejar sangat dek kerana esoknya keputusan PMR nak keluar. Drive balik kampung semata-mata kerana anak ni, Alhamdullillah segalanya dipermudahkan.
******
3-4 hari di JB, macam biasa duty kat sana. Sempat makan2 dengan kawan2 di restoran yang katanya asam pedas dia sedap. Lokasi tempat makan kat Plaza Angsana.
Ramai yang tahu tempat ni kot. Selesa tempatnya dan main menu adalah asam pedas dan ayam masak lemak cili padi. Diaorang jual ikut set, sekali dengan air. Tengahari je macam penuh la tempat ni, tepi jalan besar pulak kan. Senang access.
Set nasi yang sama samada you olls nak makan asam pedas atau ayam masak lemak cili padi. Sayur campur, sambal belacan dan telur masin. Then air boleh request tukar.
Sebenarnya kalau makan asam pedas, sedap makan ikan parang berbanding dengan ikan pari ni tapi bila request ikan parang, macam always takde gitu. Ikan pari pun ikan pari la you olls. Tengokkan rupa asam pedas ni macam dah terliur kan, dengan kaler merahnya tu.
Sejak masuk umur midi gini, akak memang suka minum air barli. Tapi masa makan kat situ, minum air barli + laici, marvellous. Dengan asam pedas yang memang pedas, lepas tu minum air barli + laici...Alhamdullillah memang menyenangkan =))
But to tell you, kawan2 akak minum air durian belanda lagi you olls. Sedap. Ok, harga satu set tak mahal mana, boleh cuba tapi kalau hari2 makan set asam pedas ni, kopak juga purse akak...hehehe.
Noktah.
No comments:
Post a Comment
jejak orang suka makan, suka baca dan suka tulis...terima kasih daun keladi...jangan serik datang lagi...