Tuesday, January 7, 2014

shopping @ nile.com.my






Akhir tahun lepas, akak sempat online shopping untuk cari beg yang sesuai. Dan akhirnya jumpa beg yang agak ok untuk akak dan SRK. Akak beli kedua-dua beg ni kat nile.com.my. Dah lama sebenarnya akak selalu skodeng kat nile.com ni. Tapi kebanyakan fesyen baju yang ada lebih kepada remaja atau belia dan banyak juga yang produk yang ala2 k-pop.




Beg yang ini untuk SRK. Susah juga nak cari beg yang sesuai untuk dia sebab dia agak cerewet sikit kalau nak beli beg. Kalau bentuk beg bukan empat segi, mesti tak nak sebab macam perempuan katanya. Betul juga kan. SRK punya beg ni harganya bawah RM100. Murah kan.





Yang ni pulak untuk akak. Boleh guna bila akak jenjalan santai dengan anak2, nak bawa pegi ofis pun boleh. Tapi kalau nak pergi function atau official event macam tak sesuai la. Harga beg ni pun tak mahal, memang mampu sangat nak beli.

Satu hal yang akak suka tentang shopping kat nile.com ni ialah kepantasan derang deliver produk. Akak tempah beg ni pepagi buta, lepas lunch hour hari yang sama dah sampai kat ofis. Tapi biasa la kan yang boleh hand delivery ni cuma untuk area KL sahaja.



No comments:

Post a Comment

jejak orang suka makan, suka baca dan suka tulis...terima kasih daun keladi...jangan serik datang lagi...