Friday, November 1, 2013

taman rama2 tapi ada burung dll..







Bersebelahan dengan Philea Resort tu ada taman rama2. Nak kata happening sangat tak la kan tapi kalau nak bawa budak2 sekolah buat lawatan kat situ memang sesuai. Nama aje taman rama2 tapi serangga dan binatang2 lain pun ada :)






Susah juga nak snap gambar rama2 ni, tak nak duduk diam. Lepas tu susah nak cari rama2 yang agak berbeza dari segi saiz dan warna, semua nampak sama spesies aje.  Oleh kerana masa tu baru lepas hujan, jadi keadaan kat situ agak lembap. Rama2 pun macam liar semacam aje.









Rama2 memang suka bunga kan...sebab tu bunga raya tu jadi mangsa. Yang rama2 ramai2 dalam cermin tu, akak snap kat muzium rama2. Bila dah round semua kawasan kat situ, perjalanan kita akan berakhir di muzium rama2 dan terus masuk dalam kedai cenderamata. Ni kira force route la ni. Tak dapat tidak mesti sampai kat situ juga.






Suka betul burung ni makan kacang panjang kan, sampai berpuluh-puluh pelawat snap gambar dia pun...dia buat tak tau aje. Burung ni diibaratkan penyambut tetamu yang masuk ke kawasan tu.







Haiwan yang ini pun ada juga kat situ. Tak bergerak2....dah la rupa sama macam batang kayu tu. Senang nak snap gambar dia =))   tapi snap dari luar cermin la.






You olls...kala jengking pun ada kat situ. Boleh la tengok berpuluh2 kala jengking tapi tak boleh la berdiri dekat2 sangat dengan tempat ni sebab protection glass dia hanya dipasang separuh aje. Kebarangkalian kala jengking tu boleh merayap naik ke atas.





Pernah tengok katak tanduk atau katak bertanduk? Akak tak pernah tengok lagi selama hayat ada ni. Jadinya, beriya berdiri dekat cermin tu nak tengok katak tanduk tapi dekat lima minit cari...tak tertengok pulak katak tanduk ni kat situ...huhu...frustrated jap.





Kesian burung ni tak ada kawan. Bukan tak ada kawan sebenarnya tapi dia duk tunggu kat pintu pagar ni, mungkin dah bosan duduk dalam tempat yang sama dalam jangkamasa yang lama...hehe. Itu tekaan akak ler kan.





Buaya memang banyak juga kat situ tapi tidur ternganga aje kerjanya. Tak payah pergi taman buaya, kat taman rama2 pun ada buaya =)). Seram akak bila tengok buaya2 ni...badan besar daripada orang pun ada..







Tempat ni paling akak suka kat situ sebab nampak macam nyaman je, dengan ikan2 nya...memang mententeramkan jiwa sekejap. Kalau bina kolam ikan macam ni kat depan rumah, memang best betul kan. 







Lanskap kat situ boleh la dipuji sebab nampak nyaman dan tenang. Banyak juga tempat2 yang sesuai untuk kita snap gambar buat kenangan. 





No comments:

Post a Comment

jejak orang suka makan, suka baca dan suka tulis...terima kasih daun keladi...jangan serik datang lagi...