makan2 @ philea resort & spa, ayer keroh - part III





Cuba teka sup apa dihidangkan pada hari ketiga? Tapi at that time, akak macam dah tak ada selera nak makan sup ni. Makan separuh aje, pastu suruh waitress tu ambik.


....modern pancake...


....modern dish for tea break....orang kampung macam akak jarang makan benda macam ni...huhu




Benda yang macam popia tu sebenarnya memang popia tapi akak makan separuh jalan juga sebab terlalu rasa rempah kat isinya tu. Macam popia kat kedai mamak la pulak. Sebelahnya ada nachos cicah dengan segala macam benda alah tu. Actually jarang makan nachos ni.

Bila balik rumah cerita kat anak kecik akak pasal nachos...budak kecik tu pun ketawakan akak. Koman la ummi ni, katanya. Dia pun cerita pasal kesedapan nachos yang mak kawan baik dia masak. Owh....I missed the train. Kampungnya.




Malam akhir, we all ada steamboat dinner kat tepi swimming pool. Akak dah terbayang kat ketam, udang dan segala macam seafood yang perlu dimakan =)). Paling best makan ketam, mak aiii...dalam masa orang lain malu2 nak makan, akak dah selesaikan tiga ekor ketam. Puas hati betul. Oleh sebab masa tu memang tak sabar2 dah nak makan ketam, maka tak banyak foto yang boleh dikongsi...huhu.

Lepas tu baru teringat macamana la tahap kolestrol yang ada pada akak....ngeeee... :)



....aiskrim strawberi la pulak....I missed vanilla icecream....tapi habis juga.....

....lepas aiskrim, cheese cake la pulak...walaupun cuma sepotong aje tapi jenuh nak habiskan.....


....sagu gula melaka yang sedap tu sekali lagi tiba di meja.....


....wow....dah lama tak makan puding roti..tapi rasanya manis giler.....



Mewah dengan dessert malam tu....ingat we all ni lori DBKL ke apa...semua nak sapu....tapi memang makan semua kecuali puding roti tak larat nak makan dah...too sweet. **Laughing**.

Memang makan steamboat ini, ada macam2 termasuk la kueteaw, mee kuning dan mihun, mana tau ada yang nak buat macam mihun dan kueteaw sup kan. Air yang dihidangkan ialah air limau, bagi hilang sikit rasa dugal bila dah banyak makan seafood. Best dapat makan tiram yang fresh gitu.

So you olls...jangan lupa ke Philea ye!

Popular Posts