Selepas duduk kat hotel seri malaysia untuk pra program, the next day akak menginap di Philea Resort & Spa, Ayer Keroh for the actual programme implementation. Resort ni baru tiga tahun beroperasi dan dimiliki oleh individu yang non-malay. Mudah sesangat nak cari resort ni sebab cuma terletak bersebelahan dengan taman rama2 Ayer Keroh. Keluar aje dari plaza tol Ayer Keroh tu, terus belok kiri. Memang located betul2 tepi highway.
Sesapa yang pernah menginap kat situ mesti tahu serba-sedikit kan betapa cantiknya tempat ni. Check-in counter yang sentiasa menggamit setiap pelanggan yang datang. Dengan frem marmar besar yang digantung di belakang kaunter, sangat memukau pandangan.
Lobi yang dipenuhi dengan kerusi dan meja yang disusun kemas untuk kemudahan pelanggan/penginap. Boleh relax dan minum2 kat situ. Semasa pendaftaran masuk pun, kita diberikan welcome drink dan wet towel untuk kegunaan kita. Mesti tangan dan muka you olls dah lekit dan berminyak. So...sementara nak daftar masuk tu, boleh la lap2 apa yang patut =)).
Hiasan dalaman dan luar resort ni memang banyak menggunakan material kayu, memang cantik. Terpegun jap akak melihat pelbagai jenis kayu yang digunakan oleh pihak resort untuk menata tempat ni. Bunga2 hidup diletakkan di atas setiap meja.
Untuk twin accomodation, setiap rumah ada empat bilik dan semuanya dibina daripada kayu. Untuk naik ke tingkat atas, disediakan tangga di tengah2 antara bilik2 yang di bahagian bawah. But one thing, bila hujan lebat, agak bising sebab semuanya menggunakan kayu. First time duduk memang quite scary =)). Dibina juga beranda untuk setiap bilik dan diletakkan sebuah pangkin untuk kita beristirehat.
Suasana dalam bilik yang mendamaikan. Dinding2 bilik semuanya menggunakan kayu. Cantik hiasan dalamannya.
Dipasangkan dua daun pintu kayu untuk pintu masuk ke bilik air. Hiasan dalaman bilik air pun cantik dengan susunan tempat meletak sabun, syampu etc, semuanya nampak complete.
Laluan ke dewan2 mesyuarat dan seminar, ada kolam dibina di sekelilingnya...kita boleh tengok ikan2 yang cantik kat situ. Dan dihujung nun ada satu lagi tempat makan. Kat sebelah kanan tu ada open hall, sesuai la untuk sesiapa yang nak buat event atau program dengan kapasiti yang ramai (100 orang ke atas).
Ahaaa...ni foto2 yang akak snap kat public toilet kat situ. Kelasss you sinki dia...macam tembaga..ke memang tembaga hehe =)). Apahal kan...dalam toliet pun nak snap foto kui3x...masa ni tengah lawak2 dengan kawan..
Well...this is Philea Resort & Spa, Ayer Keroh. Kalau you olls orang gomen, dapat la diskaun sikit. If not...kadar bilik yang paling murah kalau tak silap...RM700 ++. Tapi tempat ni memang cantik dan best. Service memang bagus.
No comments:
Post a Comment
jejak orang suka makan, suka baca dan suka tulis...terima kasih daun keladi...jangan serik datang lagi...