Melancong sambil bekerja ke Ayer Keroh, Melaka, untuk pra program, akak memilih Hotel Seri Malaysia untuk menginap. Pilihan hotel dibuat selepas akak buat sedikit survey kat internet dan lokasi hotel ni berdekatan dengan tempat kerja.
Always in mind, macamana agaknya dengan service dan keadaan hotel Seri Malaysia. Adakah sama dengan hotel Seri Malaysia kat tempat2 lain? Except kat Penang, hotelnya selesa, ok sangat. Hati berbelah bagi tapi sebenarnya tak kisah sangat asalkan ada tempat tidur dan makan-minum terurus.
Melangkah masuk ke lobi hotel, owhhhhh...ok...nampak ada kelainan.
Hostel style...ni memang standard untuk hotel Seri Malaysia. Tapi this time quite different, ada tempat lepak2, ada self-service laundry etc.
What do you expect more from Seri Malaysia??
Viewed from my room, ada swimming pool rupanya kat sini. More than expectation kan. Boleh la kalau nak bawa family duduk kat situ, jika you olls nak save budget. Ada kolam untuk budak2 juga kat sebelah tu.
Bilik yang dah cukup selesa untuk akak, semua dah provide. TV pun dah tak guna TV jenis gemuk tu kan. Memang management ikut trend dan keperluan/keselesaan penginap. Interior design yang cantik dan nyaman mata memandang. What else kan.
Tempat makan yang luas dan selesa serta service yang baik. Ada banyak juga pilihan makanan. Pendek kata makan sampai kenyang.
Tekak melayu kan, nasi lemak juga yang akak ambik, matchkan dengan air jus....Ribena! =)). Cuma nak komplen sikit pasal ikan bilis dia yang agak keras. Kalau masak guna ikan bilis Langkawi, mesti terangkat.
...piring sumbing sikit...maybe next time kena simpan dah piring ni... |
Air kopi ada juga dan cekodok (walaupun dah puas makan cekodok kat cafe ofis..hehe). Still nak rasa camna chef kat situ masak.
Anyway, alhamdullillah untuk segalanya.
No comments:
Post a Comment
jejak orang suka makan, suka baca dan suka tulis...terima kasih daun keladi...jangan serik datang lagi...