Tuesday, October 29, 2013

makan2 @ philea resort & spa, ayer keroh - part I


Now kita cerita pasal makan2 kat Philea ni pulak. Makan kat situ memang best tapi standard la kan hotel lima bintang. Kalau makan tak sedap, takde la dapat bintang2 kan. Oleh sebab we all punya group cuma 15 orang, so untuk lunch dan dinner, makanan we all dihidangkan, bukan buffet. Tapi sarapan still konsep buffet. Ramai students UiTM Pulau Pinang tengah praktikal kat situ...






Tengok....apa yang we all makan untuk lunch on the first day. Mewah betul makan berhidang ni. Dimulakan dengan soup of the day, sup ketam + udang (seafood). Dah selesai makan sup, baru la sampai lauk2 yang lain.




Yang kami makan ni ialah hidangan set muhibbah, jadi macam2 jenis lauk ada. Dah nama muhibbah kan. Ada gulai dalca tapi akak tak makan pun dalca ni sebab macam tak selera nak makan.




Yang ni isi ikan kot...akak pun dah lupa tapi sedap rasanya. Jarang2 jumpa masakan macam ni, boleh la akak makan =)). Nak tunggu masak sendiri, tak masak2 pun.




Sotong masak pedas pun ada, derang masak guna sotong yang kecik2 tu. Quite hot makan sotong ni sebab goreng guna cili kering gitu.




Dah namanya set muhibbah kan, semuanya ada you olls. Daging pun ada untuk orang yang tak nak makan ikan atau sotong. Tapi akak makan semuanya kecuali dalca tadi. Daging ni sedap rasanya.





Pencuci mulut untuk hari pertama... Sagu bersantan + gula merah, serius sedap benda alah ni. Rasa nak tambah lagi. Aiskrim vanilla sebagai peneman tapi aiskrim dah meleleh semasa waitress bawa...

Tamat cerita makan hari pertama ...hehe...




No comments:

Post a Comment

jejak orang suka makan, suka baca dan suka tulis...terima kasih daun keladi...jangan serik datang lagi...