Friday, October 18, 2013

escape plan





Selepas filem Epic yang akak tonton bersama anak2 tempoh hari, tak ada dah akak cerita pasal filem kan. Tapi minggu lepas tetiba ada kawan ajak menonton wayang. Kawan akak ni pulak dah banyak tahun tak masuk panggung. Akak cakap itu small matter, sekarang dah zaman teknologi canggih. Semuanya di hujung jari kan.

Terus buka internet untuk cari filem2 yang terbaru, launched in October. Ada beberapa filem tapi we all tak nak tengok KL Gangster. Akak terus ternampak filem Escape Plan ni yang dibintangi oleh Stallone dan Arnold SusahNakEja. Baca sinopsis filem ni macam best. Terus cari the right cinema and the right time. Tempah dan bayar secara online. Dan cetak tiket.





Memang best cerita ni, cerita ganas tapi diselitkan dengan komedi yang bersahaja. Dua hero ni memang akak minat. Hero dah tua tapi masih tough dan ganas, masih ada aura tersendiri. Stallone yang bekerja sebagai orang yang sentiasa cuba memecah sekuriti sesebuah penjara dan akhirnya diperangkap oleh bosnya sendiri untuk memastikan sebuah penjara yang sangat canggih tak boleh dibolosi keluar oleh sesiapa.

Penuh suspen dan menghiburkan.

No comments:

Post a Comment

jejak orang suka makan, suka baca dan suka tulis...terima kasih daun keladi...jangan serik datang lagi...