Thursday, October 10, 2013

gulai terung telunjuk





Dah lama juga tak buat entri pasal main masak2 dan makan2. Akak kalut dengan mengemas rumah, kalut dengan anak yang ambik PMR dan kalut juga dengan hal2 lain yang tetiba muncul minta diselesaikan dengan cepat. Ini pun anak kecik akak masih sedang exam akhir tahun. Moga anak2 mendapat kejayaan.

Dah lama juga sebenarnya akak simpan foto2 ni. Bila memasak benda2 yang macam klasik atau tradisional sikit ni, mesti la akak memasak kat kampung. Bila memasak ditemani oleh mak, semangat tu lain daripada memasak sengsorang kat rumah akak.

Yang penting mak boleh tolong2 bagi sedap masakan! =))




Nak cari terung telunjuk ni, tak semua tempat ada. Kat pasar tani atau pasar malam selalunya ada. Terung telunjuk ni salah satu sayur favourite akak tapi kan...orang perempuan tak digalakkan makan terung banyak2. Kalau nak memasak terung telunjuk ni, mesti buat gulai kuning atau masak lemak cili api dengan ikan. Dan mak akak memang suka matchkan dengan ikan tenggiri.

Paling koman pun kalau tak larat nak membeli ikan tenggiri, masak dengan ikan kering pun marvellous. Mesti menambah nasi punya. Bahan2 nak masak gulai ni you olls....macam biasa bawang putih, bawang merah, kunyit hidup, serai, cili api, santan. Masak tu jangan sampai terung jadi terlalu lembik ye.

Sedap =))

workout by your name

Lama tak share pasal workout, since akak pun dah lama tak buat serious workout. Setakat lari2 anak kat tasik titiwangsa tu, ada ...