Sejak kerja kat KL ni, semalam baru akak dengar ada tempat makan kat Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru. Terus imagined macam kat Kelab Darul Ehsan tu.
Actually nak buat farewell gathering untuk our boss dan sahabat kami yang akan berpindah ke negeri lain. Asalnya survey kat Restoran Songket, Jalan Yap Kwan Seng tapi bajet lari pulak. Boleh tahan harga food kat Songket tu. At last, bebudak ni informed makan kat Kelab Sultan Sulaiman.
Tempatnya berhampiran dengan SM Putri Wilayah, to me makanannya tak berapa best walaupun suasananya quite ok.
Antara menu yang ditempah ialah udang campur sayur kacang panjang. Nampak sedap tapi rasanya memang quite ok. Cuma ada satu insiden yang tak diduga berlaku.
Please zoom kat benda putih tu, tetiba nampak kat situ walaupun masa kami tiba, makanan semuanya dibaluti plastik. Mungkin makanan ni lambat ditutup. I think tauke restoran ni patut lebih prihatin.
Ni ayam masak merah tapi akak tak makan pun sebab macam dah bosan nak makan ayam. Kalau ayam goreng berempah yang panas2 tu, akak boleh terima lagi. Kat rumah boleh katakan mesti ada ayam sebab anak kecik akak memang suka makan ayam. Tengok kawan2 lain semua main belasah je makan =)).
Sayur kailan ni nampak macam lama kat atas dapur, tak berapa fresh dah. Tu pendapat akak tapi akak makan juga beberapa helai. Dan satu lagi...dah sejuk. Sejuk dan sejuk.
Ambik nasi separuh aje sebab dah rasa badan berat semacam. Maklum la dah dua minggu tak masuk gym, kus semangat. Ada daging tetel masak merah dan telur masin juga.
Pencuci mulut, bubur ubi campur sagu, akak suka bubur macam ni. Nasib baik rasanya tak mengecewakan. Boleh makan la kiranya.
Dan...we all request air teh tarik, boleh minum sambil borak2 kan. Pekat air teh dia, kalau SRK mesti suka teh macam ni. Kawan2 akak pun cakap teh ni sedap.
Ni masa mula2 we all sampai, ada ke derang arranged dua meja berasingan. Macamana nak nak borak together gether kan. Then, we all request nak sambung meja kat tepi tu, makanan angkat sendiri maaaa.....sian kan.
Antara kawan2 yang hadir, except sorang tak dapat datang sebab tak sihat. Bebudak lelaki semua pakai baju melayu sebab hari Jumaat kan. Tapi still relevan dengan "majlis" =).
Left : The Boss |
Last but not least, ini la dua orang yang diraikan sebab kena pindah negeri lain. Nak buat macamana kan. Walaupun derang nak pindah bulan depan tapi kami raikan awal sebab lepas raya ni masing2 dah sibuk dengan pelbagai aktiviti. All the best.
** Akak bagi dua bintang je kat tempat makan ni...huhu...
No comments:
Post a Comment
jejak orang suka makan, suka baca dan suka tulis...terima kasih daun keladi...jangan serik datang lagi...