Monday, September 9, 2013

calon pmr


Esok dah mula exam UPSR, kepada mak2 dan ayah2 yang ada anak nak ambik exam tu, sure gelabah macam mak2 ayah2 pulak yang nak ambik exam kansss =))

Masa anak sulung akak ambik UPSR dulu, memang akak gelabah tak menentu. This year anak nak ambik exam PMR pulak. Lagi gabra akak ni. Buku2 rujukan tu memang dah menimbun belikan untuk anak. Tinggal lagi usaha dia sendiri.

Recently sekolah dia panggil mak2 ayah2 pelajar untuk bincang prestasi dan potensi anak masing2. Akak berkorban untuk anak, apply cuti sehari, semata2 nak pergi sekolah dia. Baru perjumpaan macam tu tapi akak dah gabra nak tengok trial result dia.




Masing2 tunggu giliran nak jumpa guru kelas. Mak / ayah dan anak, dua2 kena jumpa sekali dengan guru kelas. Beratur sambil duduk....




Ada juga yang tak nak duduk dah sebab masa tu dah dekat waktu solat Jumaat. Kena pendekkan masa berbincang dengan guru kelas.




Tuuu...sebelah kiri tu guru kelas anak akak, sabar berbincang sorang demi sorang dengan mak ayah pelajar. Ada juga mak ayah hantar abang atau kakak sebagai wakil untuk berbincang dengan guru kelas. Hantar abang yang dah bekerja, dah matured takpe. Jangan pulak hantar yang baru form 5 hehehe...




Sempat snap foto calon PMR kesayangan akak ni. Kalau kat sekolah, ini la rupanya =)). Siap pesan ummi jangan "macam-macam" dengan cikgu ye! Bimbang kena sound la tu....




Result semua tampal kat dinding dewan...haaa...baru tau. Semua boleh tengok result kawan2. Gitu la sekolah berasrama macam ni. Target pengetua pulak agak tinggi.

Harapan akak moga segalanya berjalan dengan baik. In Sha Allah.

GOOD LUCK UNTUK SEMUA CALON UPSR 2013.








iphone yang hilang

Kelmarin dapat kawan2 baru dari Jepun. One of them is an English teacher in Singapore and married to Singaporean. The other one (...