Tuesday, June 4, 2013

black pepper chicken





Ini ialah antara menu kegemaran family akak, black pepper chicken. Oleh kerana ayam merupakan benda yang macam wajib ada dalam ice box, maka memang la selang dua hari je mesti ada masak ayam. Ayam, ayam, ayam, telur ayam, telur ayam...bla...bla..bla...

Dah jemu dengan ayam masak merah, ayam gulai, ayam goreng, ayam masak kicap dsb, kadang2 masak la juga ayam lada hitam versi akak. Mudah sangat nak masak ayam lada hitam ni.





Hiris ayam ikut citarasa masing2 dan kalau boleh ambil bahagian isi (dada) lagi nampak cantik. Mayang bawang putih, halia dan bawang besar untuk menumis. Bila menumis tu, masukkan sedikit kicap manis tapi jangan banyak2 sangat. Masukkan sos lada hitam dan sedikit air tapi kalau tak nak masukkan air pun takde hal. Bubuh sedikit garam dan gula, kalau nak pekat, kacau sedikit tepung jagung dan tuangkan ke dalam kuali. Kalau suka boleh tabur daun bawang dan daun sup atau leek.

Dah siap untuk dimakan.




No comments:

Post a Comment

jejak orang suka makan, suka baca dan suka tulis...terima kasih daun keladi...jangan serik datang lagi...