Friday, June 7, 2013

misua @ mee soya sup





Pernah masak mee soya atau misua? Jarang2 akak masak mee ni sebab ... tak teringat pun nak beli. Tapi baru2 ni masa jalan2 kat shopping mall, ternampak dan terpegang pulak mee ni. Misua ni dibungkus kering dalam plastik, macam mee hoon. Bila dah terpegang tu, akak pun terbeli la =)).





Samada kita rendam sekejap dulu dalam air sebelum masak atau terus aje masak, boleh aje, tengok citarasa. Akak tak rendam pun misua ni, terus masuk yang kering tu masa memasak. Mula2 tumis dulu bawang putih dan bawang merah yang ditumbuk atau mayang halus. Masukkan isi ayam dan biarkan sampai mendidih. Masukkan udang dan tambahkan sedikit air untuk kuahnya. 





Bila kuah dah mendidih, masukkan misua dan sayuran. Lupa pulak, masa akak menumis bawang tadi, akak masukkan juga serbuk sup untuk mendapatkan rasa sup. Tambah la sedikit garam. Untuk pekatkan kuah, rasanya tak perlu dah nak bubuh tepung jagung sebab misua ni dah boleh pekatkan kuah bila ia kembang dan lembut.

Satu paket misua tu, boleh dua kali makan untuk tiga orang. Jimat kan =))



Karnival WOW

Karnival WOW baru2 ni macam tak wow sangat, biasa2 jek. Yang happening sebab ada live programme by TV3. So ramai ler orang kerumun kat sit...