Monday, June 3, 2013

aktiviti baru malam minggu : badminton



Akak nak tanya, dalam seminggu berapa kali you olls bersenam?

Bersenam tu termasuk la berjalan2, jogging, berenang, main bola, skipping, sit-up, cycling dan sebagainya lagi. Biasanya kaum hawa sentiasa bersenam bagi mereka yang tak henti2 buat kerja2 rumah. Buat kerja rumah memang merupakan satu senaman yang baik.

Walaubagaimanapun berbasikal adalah salah satu senaman yang paling cepat membakar kalori. Tak percaya?  =)).




Recently, SRK buat kejutan kat akak. Tiba2 tak ada angin tak ada ribut ajak pergi main badminton. Katanya ada kawan2 dia dah booked badminton court kat Bukit Puchong, about 15 mins from our house. Seronok akak dengar SRK nak main badminton sebab tak larat dah tengok lemak2 kat perut dia tu yang semakin banyak ;P.





First time akak menerjah ke badminton court ni, tak tau pulak ada tempat sebesar ni kat Bukit Puchong. Tu maknanya akak belum habis meronda kawasan kan... Jalan2 pun masih ada yang tak tau, ini kan pulak tempat2 macam ni.





Kalau tak silap ada 40 badminton court semuanya sebab tu bila semua tengah main, memang meriah bunyi kat dalam ni. 90% orang lelaki yang datang ke sini, kalau ada orang perempuan pun, boleh bilang dengan jari. Kat sebelah luar ada tempat main pingpong dan futsal. Memang meriah sungguh.





SRK ni kan ... sebab dah lama betul tak exercise, baru main sikit dah macam nak semput. Siap bagitau urat2 macam dah nak stress. Apa tidaknya kan kalau dah setahun sekali baru nak exercise. Mahu tak semput you olls. Umur pun bukannya muda dah, 3-4 tahun lagi nak naik 5 series. Kalau kereta bmw 5 series, memang la boleh speed tapi kalau manusia, naik 5 series nak speed lebih macamana ...hehe.






Apa pun, ini cuma permulaan. Nampak gaya next time ada lagi plan nak menerjah ke situ. Akak cuma jadi tukang tengok dan tukang komplen je! You olls jangan lupa exercise ye.

=)).











mee kari chinese style

Semalam, tengahari lagi dah plan nak masak mee kari chinese style. Entah ler, tetiba teringin nak makan. SRK dan anak2 pun setuju ta...