Monday, May 13, 2013

tahniah adik & selamat hari ibu


Sabtu lepas, anak kecik akak masuk pertandingan kompang di Seksyen 9, Shah Alam. Dah lama budak kecik ni involved dalam bermain kompang ni, katanya minat main kompang. Untuk dia berlatih kat rumah, akak dah belikan satu kompang. Beli kat Mydin USJ aje, kompang murah tapi bunyinya boleh tahan. Orang kata kecik2 cili padi, walaupun budaknya kecik tapi sekali pukul kompang, bukan main kuat bunyinya.



....adik posing dulu sebelum pergi bertanding....6.20am...


Nak main kompang kena la bergaya juga kan. Cikgunya suruh beli seluar panjang kadet remaja, warna hijau tua yang banyak poket tu. Akak pun terus teringat kedai "Professor" yang memang ada jual pakaian2 sekolah ni. Alhamdulillah ada saiz dia tapi harganya agak mahal, RM61.00. Khabarnya kalau beli seluar jenis yang sama di PKNS, Shah Alam, boleh dapat harga dalam RM45.00. Tak berapa nak rajin la pulak akak nak drive ke Shah Alam kan. 

Anyway, walaupun adik hanya dapat tempat ke-3 tapi ummi tetap bangga, sayang.

Meanwhile, thanx pada kawan2 yang sudi wish akak "selamat hari ibu". Bukan mudah kan nak dapat gelaran ibu. Jadi, berbangga la menjadi seorang ibu dan jadi la ibu yang terbaik untuk anak2.



throwback: 10Binjai, PNB Park, KLCC

Throwback yang terobek. Last minute decided buat iftar kat 10Binjai, PNB Park. RM80 per head tapi guna orang dalam, dapat RM64 per...