Tuesday, May 14, 2013

ikan salmon @ magic pan


Seronok baca pengalaman kawan2 yang menggunakan magic pan atau kuali ajaib yang disebut2 oleh makcik2 dan mak2 tu. Ada yang dah pun menggunakan magic pan ni secara optimum tapi akak baru guna tiga kali. Kebetulan ada kerja rasmi di Langkawi, maka ambik kesempatan beli magic pan di HIG, Pekan Kuah. Berlonggok-longgok magic pan kat HIG tu, pilih aje yang mana satu berkenan di hati. Oleh sebab ada rasa malas dan *malu nak bawa magic pan naik flight, so akak beli yang paling kecik, 28cm. Walau cuma 28cm tapi muat la nak bakar ikan kerisi, ikan kembung dan lain2. Tak menyesal pun beli yang kecik.






Mula2 akak grill kan ikan salmon ni, lama dah nak makan ikan salmon grill tapi selalu tak ingat nak beli. Baru2 ni beli la sekeping (cukup la nak makan berdua) dengan harga RM5.00 ++. Boleh tahan juga kan harga ikan salmon ni. Taburkan sedikit garam dan serbuk lada hitam, then terus letak dalam magic pan. Halfway masak, akak golekkan pulak sayur bunga kobis dengan capsicum, biar la "derang" kena grill sama2 kat dalam magic pan tu kan. Tapi tengok hasilnya, cantik je kan rupa ikan salmon ni...




Mak aaiii.....ikan kerisi pun nak enterframe kan. Muat2 je ikan kerisi nak duduk dalam magic pan ni. Perapkan dulu ikan selama beberapa minit  dengan garam, kunyit dan cili boh. Lepas itu baru la dibakar menggunakan magic pan. Senang masak guna magic pan ni.... (orang lain dah berzaman ek guna magic pan ni kannnn....., akak je baru terhegeh2 nak guna....ngeeee..)

Apapun, berbaloi beli magic pan ni, menjimatkan masa kita nak memasak.




















king patin

I am a die hard fan of ikan patin. Of coz la kan sebab akak asal dari Bandar Ikan Patin. Kalau balik kampung, gulai ikan patin ...