Monday, April 22, 2013

breakfast nasi putih @ kuala kedah


Akak tak tau pulak yang orang2 Kedah pun suka makan nasi pepagi buta. Dulu masa akak bekerja kat New Castle (jiran Terengganu), memang la orang2 sana macam fanatik dengan nasi. Tapi kat Kedah pun gitu juga barangkali.





Tengok....pagi2 lagi akak dah makan nasi putih, lauk sotong rendam dan sayur kacang campur. Tak ke macam makan tengahari namanya =)).






Memang ramai orang datang makan kat kedai ni, macam ada something special. Kalau tak, takkan la orang bertumpu kat situ. Rupa2nya yang famous kat kedai ni ialah gulai ikan kembung yang fresh. Perasaan tamak mula menguasai akak dan kawan2, makan 4 orang tapi pesan ikan sampai 8 ekor, sebab nak makan 2 ekor sorang. Tak hengat dah.

Walaupun kami makan waktu makan pagi tapi kami dah boleh pesan air buah2an. Selain daripada gulai ikan kembung ni, banyak lagi la lauk2 lain yang disediakan. Pendek kata memang sebijik menu makan tengahari.

Naik berat badan 2kg kot =)).


ten years, sunway pyramid

Sapa suka jenjalan kat Sunway Pyramid dan mencari makanan Melayu? Boleh la try makan2 kat restoran yang interiornya cantik dan...