Friday, March 15, 2013

bubur nasi


Si kecik kat rumah tu macam tak lalu nak makan nasi. Katanya kalau ummi masak nasi macam biasa dan masak lauk macam biasa, dia malas nak makan. Ada juga statement malas nak makan ek. Nak buat macamana, tekak dia tak berapa nak sihat. Selsema dan batuk.




Nasi biasa tak nak makan tapi bila masak bubur nasi, nak pulak makan. Masak setengah pot beras dah cukup banyak nak makan, sampai tak terhabis. Nak matchkan lauk apa dengan bubur nasi ni, terpulang pada tukang makan. Asal selera, matchkan aje.





Untuk si kecik, dia request nak matchkan makan bubur nasi dengan ikan bilis goreng campur dengan telur. Actually ini resepi turun-temurun our family, asal tak ada lauk aje....goreng la ikan bilis campur dengan telur. Boleh bertambah nasi dibuatnya. Selain daripada itu, si kecik juga request makan bubur nasi dengan ikan patin pekasam goreng.

Ikan patin pekasam ni imported dari bandar ikan patin (Temerloh). Setiap kali akak balik sana, mesti bawa balik paling tidak sebungkus ikan pekasam. Recently akak bagi sebungkus ikan talapia pekasam kat boss, biar dia rasa makanan yang boleh dianggap agak berbeza.

=))   bukan bodek ye!!

throwback: 10Binjai, PNB Park, KLCC

Throwback yang terobek. Last minute decided buat iftar kat 10Binjai, PNB Park. RM80 per head tapi guna orang dalam, dapat RM64 per...