Monday, March 18, 2013

1 million women purple walk @ Putrajaya


Macam tau2 aje akak ni peminat fanatik pada warna purple, makanya HR letak nama akak untuk pergi ke sambutan Hari Wanita di Putrajaya semalam. Tengokkan slides yang tiba ke peti emel akak, siap dengan panduan berpakaian dan warna2 purple yang dicadangkan, dalam minda akak...."seronoknya kalau kalau ada 1 million perempuan berkumpul dengan pakaian warna purple!"

Tapi cempedak menjadi nangka, ada juga group yang pakai baju merah dan kuning terang...ala...spoiled betul kan. Even PM dan isteri pun pakai purple. Kelasss gitu =)).




Turun aje dari bas, dah mula berposing.... Mesti la, bukan senang nak pakai baju sedondong warna gitu. Lawa kan kawan2 akak ni. Tapi so sorry sebab we all pakai seluar macam2 warna..hehe.





Lepas posing, jalan 4-5 tapak...sampai kat khemah makanan. Berhenti pulak ambil makanan, ada nasi lemak, roti, kek dan air. Sponsored you. Tak kisah la terpaksa makan kat atas simen tepi rumput gitu, ada we all kisah? Asalkan dapat alas perut.





Lepas makan, teruskan berjalan kaki ke kawasan senamrobik. Tiba2 terjumpa pulak toilet warna purple. You all pernah tengok tak orang berposing depan toilet? Jarang tengok kan....tapi ini la hakikatnya, depan toilet pun nak berposing, tak kira panas betul waktu tu.





Perjalanan diteruskan selepas berposing depan toilet hehe. Nampak tu makcik2 pun bersemangat jalan kaki sambil bawa gendong roti  =)). Sambil berjalan we all lambai2kan bendera Malaysia. Semangat datang lain macam.






Nampak macam redup kan tapi by the time 9.00am, matahari dah terik. Terasa bahang di kulit, mula la masing2 tanya "pakai UV protection tak?".





At one time, we all "terpisah" sebab ramai sangat orang, ada yang jalan cepat, ada yang lenggang kangkung, ada juga yang jalan dalam group yang ramai. Tapi at last jumpa semula kat tempat senamrobik. Best juga dapat bersenam + menari walaupun sekejap.






Lepas selesai senamrobik, we all terus berjalan ke arah pentas di mana PM dan isteri dah pun tiba waktu tu. Tapi kan...sebenarnya ruang berdekatan dengan pentas utama dah pun penuh sesak dengan manusia. Tak boleh nak bergerak ke depan dah.






Oleh kerana tak dapat nak bergerak ke depan dah, we all just walked half way. Lepas tu duduk melepak kat atas jalanraya sambil tengok brassband. They all pun pakai purple + putih, smart nampak.






Walaupun separuh jalan aje tapi still boleh tengok PM berucap thru big screen yang dipasang sepanjang jalan. So, we all still boleh dengar dengan jelas amanat PM. Moral of the story, kalau nak pergi aktiviti yang melibatkan sangat ramai orang ni, kena pandai jaga diri, kena alas perut siap2 walaupun sedikit, kena jaga pemakanan kita pada waktu malam sebelumnya....sebab kalau perut buat hal time2 gitu, sendiri mahu ingat kan macamana berebutnya nak masuk toilet =)).

Apa2 pun, we all had fun in Putrajaya.

















2 comments:

  1. hidup purple!!!!!

    eh, mane pakcik yang semangat diri tengah panas sambil peluk tubuh tengok big screen tu, akak x snap ye pic dia..... so sweet..... hehe

    ReplyDelete
  2. ...erkkk...lupa plak nk snap gmbo pakcik yg bersemangat tinggi tu hehe....hidup pakcik!! :D

    ReplyDelete

jejak orang suka makan, suka baca dan suka tulis...terima kasih daun keladi...jangan serik datang lagi...