Thursday, January 24, 2013

makan cendol @ tanjung karang





Jalan2 ke Kuala Selangor, terus ke Tanjung Karang. Sejak akak pindah ke hutan batu ni, ini kali pertama menjejak kaki ke kawasan Kuala Selangor dan sekitarnya. Memandu terus melalui highway LATAR, perjalanan jadi lebih mudah. Singgah di Kampung Kuantan yang famous dengan kelip2 tu tapi bukan singgah untuk tengok kelip2.

Terus ke Tanjung Karang, singgah di gerai cendol durian Borhan. Haaa...siap ada foto orangnya sekali, you all. Kelas gitu. Kat situ ada macam2 jenis cendol. Ada cendol pulut + durian, cendol pulut + keladi, cendol pulut saja, cendol kosong, cendol durian dan sebagainya lagi. Dengar kata hanya dengan menjual cendol aje, boleh dapat income beribu-riban sebulan.





Akak makan cendol pulut + durian, sedap rasanya. Memang terasa sangat duriannya. Semangkuk cuma RM4.50 kalau tak silap. Banyak kacang merah dia bubuh.





Selain daripada cendol, ada juga mee kari dan laksa. Ada laksa special, siap ada udang. Akak cuma makan laksa biasa. Sedap rasa laksa ni, berbaloi kami singgah.

Kepada you all yang jarang2 menerjah ke Tanjung Karang, gerai cendol ni tepi jalan besar dari Kuala Selangor ke Sekinchan. Kat kawasan tu banyak jual ikan2 segar dan ikan kering tapi sayangnya...akak tak sempat nak beli apa2. 

Maybe next time.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...