Wednesday, January 2, 2013

BBQ di malam tahun baru


Tetiba abah akak nak makan2 special dengan anak2 dan cucu2. Takde plan apa pun nak buat makan, so bila dah last minute macam ni, baik buat BBQ aje la kan. Tapi bukan BBQ yang happening sangat, just a simple gathering sesama keluarga.




At last, we all bakar ikan patin, ayam dan hotdog aje. Buat ala kadar, makan dengan nasi putih. Kira special la tu =)). Btw you all pernah tak makan ikan patin bakar? Memang sedap betul kalau kena cara bakarnya. Cicah dengan sambal kicap atau air asam. Mesti menambah nasi punya.




Port nak membakar kena la kat luar rumah mak. Kebetulan sepanjang hari hujan turun, sampai ke malam. Banjir gelombang kedua kata ramalan cuaca tapi rumah mak tak pernah kena banjir, Alhamdullillah. Duk kampung senang, ambil aje jaring dan zink, dah boleh buat BBQ kan.




Ini la hasilnya, abang long akak yang bertungkus-lumus membakarnya. Ada yang ok, ada yang rentung sebelah tapi ada we all kisah :). At the end, semua habis licin.




Tengok budak2 ni, bukan main excited lagi +))


mee kari chinese style

Semalam, tengahari lagi dah plan nak masak mee kari chinese style. Entah ler, tetiba teringin nak makan. SRK dan anak2 pun setuju ta...